Tuan rumah Sukan Asia ke 18 Indonesia bakal menerima kehadiran kira-kira 10,000 atlet yang terdiri daripada 45 buah negara.
Temasya dijadual berlangsung dari 18 Ogos hingga 2 September melibatkan dua bandar utama, Jakarta dan Palembang.
Bagi temasya edisi ke 18 tahun depan, Indonesia mempertandingkan 40 jenis sukan, melibatkan 67 disiplin dan 462 acara di 62 venue.
Bari baru ini, 200 perwakilan dari 44 Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) menghadiri seminar Chef de Mission yang diadakan oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Indonesia (INASGOC) di Hotel Mulia, Senayan di Jakarta 13 Disember.
Seminar tersebut dipimpin oleh wakil Kementerian Kementerian Pemuda dan Olahraga (KEMENPORA), Gatot Dewa Bruto, dan Presiden INASGOC, Erick Thohir.
Selain penerangan berkenaan sukan dan venue, INASGOC juga memaklumkan kepada para peserta mengenai kebimbangan akreditasi, penginapan dan pengangkutan.
Tarikh akhir pendaftaran bagi sukan yang akan disertai bagi kesemua NOC dijadualkan pada 31 Januari 2018.
Manakala tarikh tutup pendaftaran mengikut nombor (entry by name) adalah 30 April, manakala 30 Jun merupakan tarikh akhir bagi pendaftaran mengikut nama (entry by name) yang akan memuktamadkan jumlah atlet yang mengambil bahagian di Sukan Asia kelak.
Kemayan, Jakarta dan Bandar Sukan Jakabaring di Palembang akan menjadi perkampungan atlet.
Perkampungan atlet di Kemayan, Jakarta akan menampung sejumlah 14,500 atlet dan pegawai manakala Bandar Sukan Jakabaring di Palembang bakal menerima 3,000 atlet dan pegawai.
INASGOC telah menempah 5,000 bilik berhampiran venue venue pertandingan untuk atlet, pegawai dan media.