Hari kedua saingan 100PLUS Cabaran Ranking Junior Kebangsaan 2020 terus disajikan dengan kejutan apabila berlaku perubahan dalam kedudukan bagi perseorangan perempuan.
Tan Zhing Yi mencuri tumpuan di Stadium Juara Bukit Kiara dalam saingan sesi pagi selepas menundukkan pilihan pertama yang juga pendahulu kumpulan A perseorangan perempuan, Khor Jin Weng dalam pertarungan tiga set 21-15, 19-21, 17-21.
Ia sekaligus memberi ruang kepada pilihan kedua, Myisha Mohd Khairul yang melakar kemenangan kedua selepas menewaskan Joanne Ng May Yin straight set 21-15, 21-17 untuk menerajui carta dengan empat mata, diikuti Tan Zhing Yi yang berada di kedudukan kedua, berkongsi dua mata dengan Jin Weng.
Siti Nurshuhaini Azman pula menundukkan Tan Shen Thing straight set 21-19, 22-20 untuk terus memimpin kumpulan B, berkongsi enam mata dengan Ong Xin Yee yang berada dikedudukan kedua selepas kedua dua pemain mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan.
Saingan Kumpulan A perseorangan lelaki belum menampakkan perubahan apabila Ong Ken Yon dan Ong Zhen Yi terus mendominasi dua teratas carta selepas melakar kemenangan ke atas lawan masing masing pagi ini.
Ong Zhen Yi mengekalkan kedudukan selaku pendahulu selepas menundukkan Chua Kim Sheng 21-14, 21-17 manakala Ken Yon menang ke atas V Poopathi untuk turut kekal dikedudukan kedua.
Kumpulan B masih milik Eogene Ewe Eon yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas tiga perlawanan, mengumpul enam mata, dua mata dibelakang Muhd Adam Shah dan Dylan Ooi Ding Sheng
Aksi bergu lelaki manyaksikan pasangan Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe masih gagal dicabar selepas melakar kemenangan kedua, menewaskan gandingan Kok Jia Cheng-Ooi Yi Hern dalam pertarungan tiga set 21-14, 19-21, 21-7 sekaligus mengumpul empat mata selepas dua perlawanan
Manakala bergu perempuan yang membuka saingan hari ini diungguli pasangan Low Yeen Yuan-Valeree Siow yang meraih kemenangan ke atas gandingan Cheng Su Hui-Lee Xin Jie 21-18, 21-16.
Keputusan perlawanan (sesi pagi )
7:30 Pagi
BS-A – Jacky Kok Jing Hong – Justin Hoh (20-22, 20-22)
BS-A – Group 02 Anson Cheong – Chia Jeng Hon (7-21, 11-21)
BS-A – Group 03 Ong Zhen Yi – Chua Kim Sheng (21-14, 21-17)
BS-A – Group 04 Ong Ken Yon – V Poopathi (22-24, 21-10, 21-16)
BS-A – Group 05 Muhd Fazriq – Jimmy Wong (19-21, 16-21)
BS-B – Group 06 Rex Hooi Shao Herng – Ferdinan Ramno (17-21, 18-21)
BS-B – Group 07 Jan Jireh Lee – Low Han Chen (22-20, 21-10)
BS-B – Group 08 Dylan Ooi Ding Sheng – Muhd Adam Shah (17-21, 17-21)
BS-B – Group 09 Eogene Ewe Eon – Muhd Faiq (21-15, 21-17)
GS-A – Group 10 Khor Jing Wen – Tan Zhing Yi (21-15, 19-21, 17-21)
GS-A – Group 11 Myisha Mohd Khairul – Joanne Ng May Yin (21-15, 21-17)
GS-B – Group 12 Loh Zhi Wei – Lim Yi Wei (21-11, 21-14)
GS-B – Group 13 Tan Shen Thing – Siti Nurshuhaini (19-21, 20-22)
GS-B – Group 14 Chan Wen Tse – Ong Xin Yee (12-21, 19-21)
GD – Group 15 Low Yeen Yuan-Valeree Siow vs Cheng Su Hui+Lee Xin Jie (21-18, 21-16)
BD – Group 16 Choi Jian Sheng-Wong Vin Sean vs Bryan Jeremy-Liew Xun (19-21, 17-21)
BD – Group 17 Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe vs Kok Jia Cheng-Ooi Yi Hern (21-14, 19-21, 21-7)
9:00 Pagi
BS-C – Group 01 LOK Hong Quan – Yeow Chun Cher (16-21, 21-7, 21-17)
BS-C – Group 02 Kang Khai Xing – Tamilarasukumar (13-21, 21-6, 21-19)
BS-C – Group 03 Aaron Tai – Kee Is Qian (21-13, 21-19)
BS-D – Group 04 Kong Teck Joon – Ayu Fu Sheng (21-18 21-19)
BS-D – Group 05 Chee Hong Wei – Mohd Amzar Hakimi (17-21 21-17 22-20)
BS-D – Group 06 Lim Wei Hou – Low Hao Feng (21-15 21-14)
GS-D – Group 07 Yeap Phoi Lin – Noraqilah Maisarah (23-21 21-18)
GS-D – Group 08 Christine Lam – Shaneesa Shahidi (13-21 21-13 21-13)
GS-C – Group 09 Siti Zulaikha – Carmen Ting (20-22 21-19 21-14)
GS-C – Group 10 Tan Zhing Hui – Wong Lily (21-7 21-16)
GS-C – Group 11 Adiyna Anuar – Oo Shan Zi (21-16 21-15)