Oleh Muhammad Aiman
Setelah bermula hambar dengan merekodkan tiga kekalahan berturut-turut dalam aksi 100PLUS Liga Premier malah ditunjukkan jalan keluar dalam saingan Piala FA, penyokong setia Johor Darul Takzim (JDT) II sudah boleh menarik nafas lega apabila pasukan itu akhirnya kembali menemui rentak kemenangan.
Tidak seperti pasukan âabangâ mereka, JDT I yang cemerlang dan terus mencuri tumpuan dengan kemenangan demi kemenangan dalam semua pertandingan, JDT II pula menunggu sehingga ke perlawanan keempat liga untuk memecahkan kebuntuan tiga mata apabila menjadikan ATM sebagai mangsa kebangkitan menerusi kemenangan 5-1.
Kemenangan itu sudah cukup untuk menjadi tonik buat pasukan itu merakam satu lagi kemenangan, kali ini 2-1 ke atas Sime Darby â pasukan sama yang menyingkirkan mereka dari saingan Piala FA sekaligus memberi bayangan betapa mereka kini semakin bernafsu untuk melontarkan cabaran yang lebih hebat dalam saingan 100PLUS Liga Premier 2016.
Pujian harus diberi kepada ketua jurulatih pasukan, Benjamin Mora yang mengotakan janjinya untuk bertanggungjawab di atas prestasi buruk pasukan itu dan segera mencari solusi setelah dua kekalahan mengejut kepada KL DRB Hicom pada aksi pembuka tirai pada 12 Februari lalu diikuti Kuala Lumpur tiga hari selepas itu.
âSaya harap kemenangan akan menyuntik lebih semangat kepada pemain untuk perlawanan yang akan datang. Mereka bekerja keras dan saya gembira melihat kesungguhan mereka membuahkan hasil,â ujar Mora dipetik dari laman rasmi pasukan itu, Johor Southern Tigers.
âKami telah duduk berbincang mengenai prestasi buruk sebelum ini, dan saya telah berjanji mengambil tanggungjawab penuh untuk memulihkan prestasi pasukan. Kami agak tumpul di barisan depan dan kini semuanya menampakkan perubahan positif. (Paolo) Rangel, Zaquan (Adha) semuanya mula menjaringkan gol dan saya harap mereka akan terus tunjukkan peningkatan,â tambahnya.
Untuk rekod, sebelum dua kemenangan ke atas ATM dan Sime Darby, JDT II hanya menjaringkan dua gol sahaja maka tidak hairanlah apabila Mora cukup gembira dengan sentuhan jaringan pasukannya yang berjaya meledak tujuh gol dalam dua perlawanan terakhir. Â
Dengan enam mata, JDT II kini ketinggalan lima mata di belakang pendahulu tidak diduga, Kuala Lumpur bimbingan Ismail Zakaria yang menerajui 100PLUS Liga Premier dengan 11 mata dan masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas lima perlawanan.
Mereka akan berdepan pasukan tangga keempat, PKNS Selangor di Stadium Hang Jebat apabila aksi liga kembali bersambung pada 4 April sebelum melayani kunjungan naib juara Liga FAM 2015, Perlis pada 8 April dengan sasaran jangka pendek adalah untuk melonjak berada di kedudukan empat teratas. Â