Syarikat minuman isotonik Malaysia 100PLUS terus komited dalam membangunkan sukan di Malaysia khususnya apabila mengesahkan status sebagai penaja kategori Perak bagi temasya Sukan Malaysia 2018 yang akan berlangsung di Perak tahun ini.
100PLUS tampil sebagai salah satu daripada lapan penaja kategori Perak dengan nilai tajaan berjumlah RM 100 000.
Jelas Pengurus Penajaan dan Pengaktifan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Engku Isyamuddin Tuan Losen, āPenglibatan 100PLUS sebagai penaja sukan samada persatuan mahupun atlet sudah terjalin sejak sekian lama.
āMalah, penglibatan kami sebagai sebua ahli keluarga dlaam penganjuran temasya dwi tahunan Sukan Malaysia atau SUKMA sudah mula terjalin sejak awal tahun 2000,ākata Engku Isyamuddin.
Tambahnya lagi, matlamat 100PLUS pastinya mahu melihat pelapis pelapis muda yang berkualiti dilahirkan menerusi penganjuran SUKMA.
āKami berharap SUKMA menjadi salah satu paltform asas untuk melihat bakat bakat baharuĀ atlet Malaysia daripada pelbagai jenis sukan muncul sekaligus diasah sebelum menggalas tugas dipentas yang lebih tinggi,ākatanya lagi.
Majlis pengenalan penaja penaja bagi SUKMA Perak 2018 dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim.
āJumlah keseluruhan penajaan bagi penganjuran SUKMA Perak 2018 adalah lebih RM 12 juta dan kami masih membuka peluang kepada mana mana pihak untuk tampil sebagai penaja bagi sukan ini,ākata Hasnul.
Tenaga Nasional Berhad (TNB), Al Ikhsan Sports Sdn Bhd dan Telekom Malaysia (TM) menjadi penaja kategori platinum dengan nilai tajaan keseluruhan lebih RM 10 juta.
Manakala Tan Chong Motor Group menjadi penaja rasmi kenderaan sekretariat SUKMA Perak 2018 melibatkan tajaan berupa 68 buah kenderaan pelbagai model.
Sukan Malaysia 2018 di Perak melibatkan 29 jenis sukan dengan 427 acara bakal dipertandingkan melibatkan 39 venue pertandingan di kesemua 12 daerah di seluruh negeri.
Pihak penganjur menjangkakan hampir lapan ribu atlet dan kira kira empat ribu pegawai pengiring dari 14 buah negeri termasuk Brunei Darussalam dijangka berkampung di Perak sepanjang temasya SUKMA berlangsung bermula 11 hingg 22 September depan.
Senarai penaja SUKMA Perak 2018
PlatinumĀ Ā RM
Tenaga Nasional Berhad (TNB)Ā Ā 4 400 265
AL Ikhsan Sports Sdn Bhd Ā 3 200 000
Telekom Malaysia (TM)Ā Ā Ā Ā 3 074 000
Emas
Tan Chong Motor GroupĀ Ā Ā Ā Ā 800 000
PerakĀ
Sanyu Penang Sdn BhdĀ Ā Ā Ā Ā Ā 350 000
Empayar Indera Sdn BhdĀ Ā Ā Ā Ā 300 000
Asia Pasific Sdn BhdĀ Ā Ā Ā Ā Ā Ā 130 000
Rizz Trading Sdn BhdĀ Ā Ā Ā Ā Ā Ā 120 000
PetronasĀ Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā 100 000
KL Tehland & Development Sdn Bhd 100 000
MILOĀ Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā 100 000
F&N Beverage Marketing Sdn Bhd (100PLUS) 100 000
Gangsa
Axiata Digital Ecode Sdn BhdĀ Ā Ā 50 000
Palace Vacation ClubĀ Ā Ā 15 000
Oratis RXĀ Ā 10 000
G.B Kuari Sdn BhdĀ Ā Ā Ā 10 000