Penganjuran TNB Liga Hoki Remaja Malaysia (TNB MJHL) 2021 yang sebelum ini dijadualkan akan berlangsung pada 26 November 2021 hingga 2 Januari 2022 telah dianjak ke 11 Disember hingga 30 Disember 2021 dan akan dilangsungkan di sekitar Kuala Lumpur.
Perkara tersebut telah diumumkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datoâ Sri Dr. Anil Jeet Singh, dalam satu sidang media yang diadakan hari ini di Pejabat KHM, Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
Selepas mengambil kira beberapa kekangan termasuk faktor cuaca juga kekangan daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jawatankuasa Pertandingan KHM mengambil kata sepakat untuk menganjurkan Kejohanan TNB MJHL 2021 pada tarikh baru yang telah diumumkan di mana tarikh tersebut juga merupakan musim cuti sekolah.
âPerubahan tarikh ini terpaksa dilakukan selepas mengambil kira dengan keadaan cuaca, juga kekangan yang dialami oleh pasukan-pasukan bertanding untuk mendapatkan pelepasan daripada KPM kerana 22 November ini sesi persekolahan baru dibuka.
âJadi tarikh kejohanan yang sebelum ini agak tidak sesuai dengan sesi persekolahan yang baru bermula. Cuti sekolah akan bermula pada 10 Disember dan kami memutuskan untuk menganjurkan kejohanan bermula pada 11 Disember.
âSaya ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada pihak KPM yang telah memberikan bantuan sepenuhnya kepada kami untuk menganjurkan Kejohanan TNB MJHL 2021.
âKami juga memahami bahawa pengetua-pengetua sekolah mungkin berat untuk melepaskan pemain mereka keluar menyertai kejohanan kerana sesi persekolahan baru sahaja bermula.
âKami tidak mahu mana-mana pihak terbeban dengan situasi ini jadi kami memutuskan untuk menganjakkan tarikh dan menganjurkannya pada musim cuti sekolah.
âPenganjuran TNB MJHL 2021 juga tidak akan tertumpu kepada satu venue iaitu Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil sahaja, tetapi juga akan menggunakan venue lain agar jadual kejohanan tidak terlalu padat pada satu venue.
âSaya juga berharap kejohanan dapat berlangsung dengan lancar mengikut perancangan,â jelas Datoâ Sri Dr. Anil Jeet Singh, yang akan memastikan pihak KHM memberikan sokongan sepenuhnya kepada pasukan yang bertanding dalam menjaga keselamatan dan kesihatan pegawai juga pemain yang terlibat dalam Kejohanan TNB MJHL 2021 daripada penularan wabak Covid-19.
KHM sebelum ini telah mengumumkan di mana Kejohanan TNB MJHL 2021 akan dianjurkan bagi kategori lelaki sahaja dengan 25 pasukan sebelum ini telah mengesahkan penyertaan mereka dan penganjuran bagi kategori wanita masih dalam perancangan dan akan dimaklumkan kelak.