Aspiring riders looking to kickstart their career in competitive racing will get a chance to do so as the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship announced that the one-make categories for the 2015 season is now open for registration.
Working hand in hand with manufacturers, Boon Siew Honda Sdn Bhd and Hong Leong Yamaha Motor Malaysia Sdn Bhd, these one-make series play a key role in the continuous effort to unearth new talents in the local racing scene.
The one-make category has been instrumental in the discovery of some of Malaysia’s best racers to date. PETRONAS Talent Development riders, Hafizh Syahrin Abdullah (Moto2) and Mohd Ramdan Rosli (Moto3) started their career in the Yamaha series while Moto3 rider, Mohd Zulfahmi Khairuddin began his with the Junior GP Racing Dream in 2007.
Others en route to making their mark on the international level includes 17-year old Khairul Idham Pawi who clinched last year’s WIRA and Asia Dream Cup title.
“Motorsports is expensive and often aspiring riders face difficulties kick-starting their career. This is where the one-make series come into play. With the manufacturers providing the bike, equipment and technical assistance, the riders can just concentrate on honing their skills against a level playing field,” said Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) Promotions Director, Ron Hogg, event promoter for the Malaysian Cub Prix Championship.
Riders who are interested can register by getting in touch with SAM’s personnel at 03-8733 8787 from 10am to 5pm, Monday to Friday. Alternatively, they can also register on the Malaysian Cub Prix Facebook page.
Registration closes on 23rd January 2015.
PENDAFTARAN PEMILIHAN PELUMBA ‘OMR”
Khusus buat remaja-remaja berbakat di luar sana yang berminat untuk menceburi bidang perlumbaan secara profesional, pendaftaran bagi sesi pemilihan pelumba untuk kategori Perlumbaan Kategori Satu Pengeluar (OMR) Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bagi musim 2015 kini telahpun dibuka.
Sama seperti musim-musim lepas, perlumbaan yang dianjurkan bersama-sama pengeluar, Boon Siew Honda Sdn Bhd dan Hong Leong Yamaha Motor Malaysia Sdn Bhd ini terus memainkan peranan penting dalam melahirkan pelumba-pelumba tempatan berbakat khususnya di peringkat remaja.
Antara bakat-bakat yang lahir dari program ini termasuklah dua pelumba di bawah Program Pembangunan Bakat Pelumba PETRONAS ketika ini, Hafizh Syahrin Abdullah (Moto2) dan Mohd Ramdan Mohd Rosli (Moto3) yang memulakan karier dalam siri perlumbaan Yamaha manakala Mohd Zulfahmi Khairuddin memulakan karier di dalam siri perlumbaan Junior GP pada tahun 2007.
Turut mengikut jejak langkah serupa ialah peluumba berusia 17 tahun, Khairul Idham Pawi yang bakal beraksi dalam saingan Moto3 Kejuaraan Motosikal Sepanyol CEV setelah mempamer aksi cemerlang menjuarai dua kelas perlumbaan, Wira dan Asia Dream Cup (ADC) pada musim 2014.
“Sukan permotoran melibatkan kos perbelanjaan yanng tinggi dan ada kalanya ia menjadi penghalang keepada remaja-remaja yang berminat dan berbakat untuk memulakan langkah awal dalam karier perlumbaan. Dengan adanya siri perlumbaan satu pengeluar ini, ia dapat meringankan beban pelumba-pelumba di mana pihak pengeluar akan menyediakan jentera, peralatan perlumbaan dan juga persediaan teknikal. Pelumba yang terpilih hanya perlu memberi sepenuh tumpuan untuk mengasah dan mempamerkan bakat yang ada dalam perlumbaan yang begitu kompetitif ini,” jelas Pengarah Promosi Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM), Ron Hogg.
Pendaftaran terbuka kepada pelumba berumur 13 hingga 27 tahun. Kepada yang berminat boleh hubungi pihhak SAM di talian 03-87338787 dari 10 pagi hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat atau membuat pendaftaran melalui laman facebook Malaysian Cub Prix.
Tarikh tutup pendaftaran pada 23 Januari.