Penganjur jelajah berbasikal tertua di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL), Human Voyage (HV) akan memastikan isu membabitkan hadiah wang kemenangan tidak akan timbul pada penganjuran tahun ini.

LTdL yang memasuki edisi ke-25 berada di dalam kelas perlumbaan Siri Perlumbaan Profesional oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) turut menyediakan perlumbaan kreterium di Sabah dan Perlumbaan Sehari yang akan dilangsungkan di Langkawi.

Ketua Pegawai Operasi HV Shahaizereen A Hamid, Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) memperkenalkan sistem baru yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Wang Hadiah Kemenangan (PMS) yang mana UCI bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan hadiah kemenangan.

 

 

Untuk rekod, LTdL pada edisi edisi sebelum ini sentiasa ‘popular’ dengan cerita isu kelewatan pembayaran hadiah kemenangan.

Sementara itu, beliau yang ditemui pada Mesyuarat Jawatankuasa Induk turut memberi jaminan penyertaan enam pasukan jejalah dunia yang mana kesemua 22 pasukan yang bertanding akan diumumkan dalam tempoh dua minggu lagi.

Saingan edisi ke-25 itu dijadualkan dari 7 hingga 14 Februari dengan membabitkan lapan peringkat perlumbaan, bermula di Kuching dan berakhir di Pulau Langkawi meliputi jarak keseluruhan sejauh 1095.7km.

- Advertisement -