KONTINJENÂ Sabah berharap dapat menuai lebih banyak pingat emas dari gelanggang olahraga, golf dan renang, seterusnya memenuhi sasaran menang 20 pingat emas yang disandarkan pada penyertaan SUKMA XVII Perlis, kali ini.
Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfik Abu Bakar Titingan berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada prestasi menggalakkan atlet yang dihantar pada temasya kali ini.
Pada temasya Pahang 2012 lalu, Sabah yang pernah menjadi tuan rumah SUKMA 2002, sekadar menduduki tangga kesembilan daripada 15 kontinjen dengan memungut 18 pingat emas, 20 perak dan 52 gangsa.
“Sabah menghantar 459 orang termasuk 333 atlet dan berharap mereka akan dapat memperbaiki pencapaian yang dicatat di Pahang, dua tahun lalu,” katanya mengulas persiapan kontinjen negeri berkenaan.
Menurutnya, atlet negeri itu sudah diberi latihan intensif termasuk pertandingan peringkat antarabangsa dan Singapura dan Thailand dalam persiapan menghadapi temasya dwitahunan itu.
“Berdasarkan prestasi baik yang ditunjukkan dalam latihan dan kejohanan pendedahan, saya yakin atlet yang dihantar kali ini berada dalam keadaan fizikal dan mental yang lebih bersedia untuk mengibarkan cabaran negeri ini.”