Sukma XVII Perlis 2014 LogoMemanah, tinju,olahraga, pencak silat dan berbasikal menjadi antara lubuk sasaran kontinjen Kelantan untuk meraih pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA XVII) di Perlis, yang bermula Jumaat ini.

Pengarah Majlis Sukan Negeri, Datuk Mohamad Noordin Awang berkata, atlet acara itu diharap dapat memenuhi sasaran 16 pingat emas yang disandarkan pada temasya kali ini, memperbaiki pencapaian 13 pingat emas, 10 perak dan 16 gangsa di Pahang 2012 untuk berada di tangga ke-12 daripada 15 kontinjen yang mengambil bahagian.

“Sasaran ini diletakkan berdasarkan kepada prestasi atlet masa kini,” katanya di majlis penyerahan bendera negeri kepada kontinjen Kelantan, baru-baru ini.

Menurutnya, Kelantan akan menghantar 317 atlet dan pegawai ke temasya dwitahunan itu.

- Advertisement -