Injury-hit Mohd Zamri Baba is hopeful of recovering in time for Round Five of the 2014 PETRONAS Asia Road Racing Championship at the Buriram Circuit, Thailand this 7th to 9th November.
The Musashi Boon Siew Honda Racing rider was forced to pull out from the SuperSports 600cc races at the Suzuka leg two weeks ago after he suffered a massive high-side and inflicted further damage to his pre-season injuries on his left leg.
Zamri’s absence from the grid gave closest rival, Katsuaki Fujiwara the perfect opportunity to secure a victory in Race 1 and a second place finish in Race 2, putting the BEET Kawasaki Racing as the new championship leader with 132 points and Honda’s third consecutive title hopes in jeopardy.
The recuperation period for recovering from the type of injury Zamri has sustained is around five to six weeks, but he has already commenced physiotherapy in order to be fit for the forthcoming race following a successful operation at the Sime Darby Medical Centre in Subang Jaya last week.
“I am haunted by the crash at Suzuka. I was in a lot of pain but fortunately I did not break any bones. The impact from the crash just bent the metal plates in my leg and the doctors did a great job replacing it,” said Zamri.
“I will be using crutches for a while but I am confident about getting back on the bike in time for the Thailand round. We still have four races (two rounds) to go so if I can close the gap with Fujiwara at Buriram, I can take the title chase to Qatar where Honda has the technical advantage. But for now the focus is to get back in shape first,” he added.
While the 31-year old is confident about getting back onto his trusted Honda CBR600RR by November, he can’t say the same for the three forthcoming PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship races.
“Most likely I will miss out on the Cub Prix races at Teluk Intan, Kangar and Jempol to allow my leg to properly heal. But if everything goes well, I might be able to make it to the Jempol round,” said Zamri.
ZAMRI HARAP SEMPAT PULIH SEBELUM PUSINGAN 5 DI BURIRAM
Mohd Zamri Baba berharap kecederaan yang dialami ketika ini sempat pulih menjelang saingan Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang akan berlangsung buat pertama kali di litar baru, Litar Buriram, Thailand pada 7 hingga 9 November depan.
Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu terpaksa menarik diri daripada beraksi pada perlumbaan akhir SuperSports 600cc sewaktu pusingan keempat ARRC di Suzuka, Jepun dua minggu lepas selepas mengalami kemalangan pada sesi latihan bebas ketiga yang menyebabkan kecederaan lama di kaki kiri berulang.
Keadaan itu telah menyebabkan Zamri terlepas kedudukan pendahulu keseluruhan kepada Katsuaki Fujiwara dari pasukan Beet Kawasaki Racing setelah juara keseluruhan musim 2011 itu berjaya memenangi Perlumbaan 1 dan muncul naib juara pada Perlumbaan 2 sekaligus meletakkannya di tangga teratas dengan 132 mata.
Zamri dijangka hanya akan pulih dalam tempoh lima hingga enam minggu dan kini sedang menjalani sesi rawatan fisioterapi selepas selesai menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, minggu lepas.
“Saya mengalami kemalangan di Suzuka namun mujurlah tidak ada sebarang tulang yang patah. Kesan insiden tersebut menyebabkan plat besi yang dipasang di dalam kaki saya akibat kemalangan lepas menjadi bengkok dan doktor telah berjaya menggantikannya dengan yang baru.
“Saya terpaksa kembali menggunakan tongkat namun saya yakin akan pulih dengan kadar segera dan dapat beraksi di Thailand. Masih ada empat perlumbaan dalam baki dua pusingan kejuaraan selepas ini, jadi saya masih ada peluang untuk kembali mengejar kedudukan Fujiwara sewaktu di Litar Buriram nanti. Gelaran juara keseluruhan hanya akan ditentukan sewaktu pusingan terakhir di Qatar nanti. Kami tidak mahu berfikir jauh kerana buat masa ini kami hanya fokus untuk perlumbaan di Buriram sahaja dahulu,” jelas Zamri.
Sementara itu, menjelang berlangsungnya perlumbaan di Thailand, pelumba berusia 31 tahun itu juga dijangka bakal terlepas untuk beraksi dalam tiga pusingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.
“Rasanya saya tidak akan dapat beraksi dalam tiga pusingan Cub Prix iaitu di Teluk Intan, Kangar dan Jempol kerana kaki saya masih belum pulih. Namun, jika proses pemulihan berjalan lancar dan lebih cepat daripada yang dijadualkan, rasanya saya tidak menghadapi masalah untuk beraki di Jempol, awal November depan,” kata Zamri.