Hafizh Syahrin Abdullah hopes to find the perfect machine setup following a minor glitch in the first Moto2 free practice session in Motorland, Aragon, Spain for the Movistar GP today.
The PETRONAS Raceline Malaysia rider finished 21st fastest in 1’55.996s after a faulty braking system slowed his pace down earlier from the start.
“I had a hard time slowing my machine down especially in crucial turns that forced me to pit to change what’s necessary,” said Hafizh.
Hafizh added, “My bike performed slightly better but far from perfect after new brakes were installed. I need more changes to record better time.”
Team manager, Barry Leong explained that the cold weather might have played a part in the problem. “We have yet to find an optimum tire temperature to tackle the corners and we have to find it quick before the qualifyings,” mentioned Barry.
The fastest time was recorded by Franco Morbidelli of Italtrans Racing Team in 1’54.261s.
HAFIZH MENCARI PELARASAN TERBAIK
Hafizh Syahrin Abdullah berharap dapat menemui pelarasan terbaik dengan segera setelah menghadapi sedikit kesukaran pada sesi latihan pertama pada saingan Moto2 Grand Prix Movistar yang berlangsung di Litar Motorland, Aragon, Sepanyol, hari ini.
Pelumba PETRONAS Raceline Malayia itu mencatat masa ke-21 terpantas dengan masa 1’55.996s apabila masalah brek dan juga tayar belakang menjejaskan rentaknya terutama pada permulaan sesi latihan.
“Saya menghadapi kesukaran untuk menghentikan jentera terutama ketika masuk ke selekoh yang agak sempit. Saya terpaksa masuk ke pit dan melakukan beberapa pertukaran,” jelas Hafizh.
“Selepas menukar brek hadapan dan juga tayar belakang, keadaan jentera semakin baik namun masih belum sempurna. Beberapa perubahan masih perlu dilakukan untuk saya mencatat masa lebih baik.”
Pengurus pasukan, Barry Leong menjelaskan faktor cuaca yang sejuk turut menjejaskan rentak Hafizh. “Suhu tayar masih belum berada pada tahap yang sesuai dan beberapa kemalangan melibatkan pelumba Moto2 telah berlaku. Kami perlu cepat mendapatkan pelarasan yang tepat untuk membantu Hafizh mencatat masa lebih baik.”
Catatan masa terpantas dilakukan oleh Franco Morbidelli (Italtrans Racing Team) dengan masa 1’54.261s.