Khairul Idham Pawi

Kozi Yam Honda Racing’s team manager, Ahmad Farhan has played down rumours that Khairul Idham Pawi will step up to the CP115 category immediately even if he clinches the 2014 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship WIRA title in Kangar, Perlis next weekend.

While Farhan admits the management did consider promoting the 16-year old midway through the season, they ultimately decided against it as they believe Khairul still lacks the necessary experience to compete with the big boys in the intermediate category.

Khairul currently leads the WIRA standings with a whopping 166 points having enjoyed a third place finish in the opening round followed by six consecutive victories. Jetron Apido Team PJM’s Mohd Afiki Supaat holds second overall with 92 points.

“We toyed around with the idea moving Khairul to the CP115 after he wins the WIRA title and prepared a bike for him. But after a series of serious discussions, we concluded it would be better for his development if he remain in the same category until the end of the season,” said Farhan.

“Mainly because we do not want to put unnecessary pressure on him. There have been cases where WIRA graduates fail to cope with the pressure competing in the higher classes and they lose confidence when they can’t perform. We want to avoid this from happening and we believe this decision is the best course of action for Khairul. After all he is still young and he has a long journey ahead of him,” he added.

 

KHAIRUL KEKAL KATEGORI WIRA 
Pengurus Kozi Yam Honda Racing, Ahmad Farhan menolak dakwaan mengatakan Khairul Idham Pawi akan beralih ke kategori CP115 seandainya dia bergelar juara Wira pada saingan Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kangar, minggu ini.
Meskipun pada peringkat awal mereka ada memikirkan untuk meletakkan Khairul di dalam kelas CP115 pada baki saingan
musim 2014 seandainnya dia berjaya memenangi gelaran dengan lebih awal, namun atas faktor tertentu, keputusan tersebut terpaksa dibatalkan.
Pelumba berusia 16 tahun itu kini sedang mendahului senarai keseluruhan dengan 166 mata hasil gelaran tempat ketiga pada pusingan pembukaan di Pulau Pinang dan enam gelaran juara berturut-turut bermula puisngan kedua di Muar, Johor, jauh meninggalkan Mohd Afiki Supaat (Jetron Apido Team PJM) yang berada di kedudukan kedua dengan 92 mata.
Menurut Fahran, “Memang kami ada merancang untuk meletakkan Khairul di dalam kelas CP115 jika dia berjaya memenangi gelaran dengan lebih awal. Malah kami juga telah menyediakan jentera CP115 untuk digunakan oleh Khairul. Namun selepas mengadakan perbincangan, kami fikir dia masih mempunyai banyak kekurangan untuk bersaing dengan pelumba-pelumba yang jauh lebih berpengalaman. Jadi kami membuat keputusan untuk dia kekal dalam kategori Wira sehingga ke penghujung musim,” jelas Farhan.
Tambahnya, “Kami tidak mahu meletak beban yang tinggi terhadap Khairul seandainya dia bersaing dalam kelas CP115. Kita mengambil contoh di mana tidak ramai pelumba Wira yang mampu memberikan cabaran selepas dinaikkan ke kelas CP115 dan ini akan mendatangkan tekanan serta mengurangkan tahap keyakinan diri mereka. Kami tidak mahu perkara ini terjadi kepada Khairul jadi kami rasa inni keputusan yang tepat. Lagipun Khairul masih muda dan perjalanan dia masih jauh. Kami mahu selepas memenangi gelaran Wira, dia memberi tumpuan untuk meraih gelaran juara keseluruhan dalam saingan Asia Dream Cup pula.”
- Advertisement -