Mohd Adib Rosley admits that he needs to address his poor qualifying form if he is to continuously challenge for the CP130 podium ahead of Round Eight of the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship in Kangar, Perlis this weekend.
The CP130 sophomore is enjoying a positive season in 2014 and is currently sixth in the standings with 76 points after two third place podiums in Temerloh (Round 5) and Kluang (Round 6) but his best qualifying result so far this year is fourth place.
The Motul Yamaha YY Pang rider pointed out that he still finds it hard to adjust to the SuperPole format where the 10 fastest riders from the practice sessions get just one shot at securing a good start position on the grid.
âThe SuperPole is key to good results in the CP130. It is very important but I struggle a lot in this area,â said Adib.
He added, âI find it hard to cope with the pressure of posting a strong lap in just two laps (sighting and flying lap). This is why I have yet to secure a front row start this year, missing out on a lot of opportunities to fight with the top guys. Even half a second difference from the fastest rider can put you on third row and already your chances for the podium is over.â
However, Adib believes there is no technical reason why his Yamaha cannot match Zaqhwan Zaidiâs Honda on single-lap pace, so it is up to him to improve.
â2013 was my maiden year in the CP130 and I did not have the necessary experience to battle with the podium contenders but Iâve improved a lot this year. Even the bike is stronger, perhaps on par with the factory bikes. I really need to find a new strategy to get on that front row, only then I can fight for the podium consistently,â he said.
ADIB TUMPU SESI SUPERPOLE
Mohd Adib Rosley perlu memperbaiki kelemahan pada sesi kelayakan Superpole seandainya dia mahu mengejar kedudukan podium dalam saingan CP130 pada pusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2014 yang berlangsung di Kangar, Perlis, minggu ini.
Pelumba pasukan Motul Yamaha YY Pang yang masih baharu dengan cabaran kelas perdana setakat ini telah berjaya meraih dua kedudukan podium di tempat ketiga sewaktu saingan pusingan kelima (Temerloh) dan pusingan keenam (Kluang) serta berada di tangga keenam keseluruhan dengan 76 mata.
Meskipun begitu, Adib akui dia perlu mencari kedudukan lebih baik pada sesi kelayakan Superpole bagi merebut petak mula yang terbaik memandangkan pencapaian terbaiknya hanya dapat memulakan perlumbaan dari petak keempat.
“Saya masih belum dapat menyesuaikan diri dengan format Superpole kerana kami keluar bersendirian dan hanya mempunyai satu pusingan untuk mencari masa terpantas berbanding sesi kelayakan biasa di mana kami keluar beramai-ramai dan masa yang agak panjang seperti ketika saya masih beraksi di kelas CP115. Â
“Bagi saya, Superpole merupakan kunci utama untuk mencatat keputusan baik dalam kelas CP130. Ia sangat penting namun saya masih belum dapat menyesuaikan diri sepenuhnya dan terpaksa bekerja keras memperbaiki kelemahan,” jelas Adib.
Tambhnya, “Sukar untuk menghadapi tekanan menyebabkan saya masih gagal meraih petak mula dari barisan depan pada tahun ini dan seringkali terlepas peluang untuk memberikan cabaran kepada pelumba di barisan depan. Setiap saat yang membezakan kami dengan pelumba di depan mampu memadam impian untuk ke podium. Namun saya tidak berputus asa dan akan bekerja keras memandangkan apa sahaja keputusan boleh terjadi dalam perlumbaan seperti ini.”
Tambah Adib “Perbezaan dari segi teknikal jentera juga menjadi halangan di mana saya gagal untuk mengekori kepantasan pelumba lain seperti Mohd Zaqhwan Zaidi.Â
“Tahun ini merupakan tahun kedua saya bersaing dalam CP130 dan banyak peningkatan telah ditunjukkan berbanding pencapaian musim lepas. Jentera juga bertambah baik. Cuma mungkin saya perlu merancang strategi yang lebih baik untuk meraih petak mula di barisan depan bagi mencerahkan peluang untuk menamatkan perlumbaan di ata podium,” jelas Adib.