Norizman Ismail admitted that he made a ‘rookie error’ in Round Eight of the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship in Kangar, Perlis and he has every intention of making up for that mistake in the penultimate round at Jempol, Negeri Sembilan this weekend.
The Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing rider crashed at the chicane section of the Kangar track while leading the CP130 race in the opening lap but recovered his Honda to finish the race 12th with just four points. As a result title rival, Mohd Zaqhwan Zaidi (Givi Honda Yuzy Racing) extended his championship lead to 32-points with his fifth win for the season.
Well aware he now stands a very slim chance to win the title given the huge deficit between them, Norizman heads into the Jempol round looking to break his podium duck rather than focus on the title fight. The last time the two-time CP130 champion stepped on the podium was in Round Six in Kluang two months ago.
“We did everything right leading up to the race in Kangar. We posted the quickest lap in the practice sessions and secured front row in the qualifying. We even had an excellent start at the race and got ahead of the field going into the first turn. Unfortunately at the chicane I lost the front and tumbled. That was a rookie error and it shouldn’t have happened,” said Norizman.
“I could have retired but the championship was at stake so I picked up the bike, continued and salvaged as many points that I could. But in the end it doesn’t make much difference because if Zaqhwan wins or finishes second this weekend, the title will be his,” he added.
Speaking about his expectations for Jempol, Norizman commented, “My hopes for the CP130 title is looking bleak but that does not mean I have given up. I will try my best to win this weekend’s race in Jempol or at least finish on the podium.”
KESILAPAN MUDAH JEJAS PELUANG NORIZMAN
Norizman Ismail tekad untuk bangkit menebus kegagalan setelah akui melakukan kesilapan mudah sehingga memusnahkan peluang menaiki podium pada saingan lepas di Kangar, Perlis menjelang saingan Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jempol, Negeri Sembilan, minggu ini.
Pelumba Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing itu terjatuh sekalipun sedang mendahului saingan CP130 ketika di awal prlumbaan, namun meskipun kembali bangkit meneruskan perlumbaan, pelumba itu sekadar menamatkan saingan di tangga ke-12 sekaligus membolehkan Mohd Zaqhwan Zaidi (Givi Honda Yuzy Racing) yang memenangi perlumbaan untuk terus melebarkan jurang selaku pendahulu keseluruhan kepada 32 mata. Selepas lapan perlumbaan, Zaqhwan di tangga teratas dengan 145 mata manakala Norizman kedua dengan 113 mata.
Kedudukan ini menyaksikan peluang Norizman untuk menyekat Zaqhwan daripada bergelar juara keseluruhan semakin tipis dan menyedari hakikat ini, Norizman tidak mahu meletakkan tekanan besar terhadap dirinya dan memilih langkah selamat untuk memastikan dirinya sekadar berjaya menamatkan saingan di atas podium pada minggu ini selepas kali terakhir berada di atas podium pada perlumbaan pusingan keenam di Kluang, dua bulan lepas.
“Kami telah melakukan yang terbaik di Kangar. Saya berjaya mencatat masa yang pantas pada sesi latihan bebas dan turut meraih petak permulaan di barisan depan. Malah semuanya baik ketika kami dilepaskan apabila saya berjaya mendahului kedudukan sebaik kami melepasi selekoh pertama sehinggalah saya terjatuh pada selekoh berikutnya. Ia satu kesilapan mudah yang tidak sepatutnya berlaku,” jelas Norizman.
“Menyedari peluang untuk mengejar gelaran juara keseluruhan masih terbuka ketika itu, saya tetap bangkit meneruskan perlumbaan kerana mahu mengutip seberapa banyak mata yang mampu. Namun ia tidak banyak memberi kelebihan kerana Zaqhwa telah memenangi perlumbaan dan seandainya Zaqhwan muncul juara atau sekadar naib juara pada minggu ini, gelaran keseluruhan akan menjadi miliknya,” jelas juara CP130 sebanyak dua kali itu.
Tambahnya, “Mungkin ketika ini saya tidak mahu terlalu mengharap agar saingan akan terus terbuka sehingga ke penghujung musim, namun ia bukan bererti saya telah mengalah kerana apa sahaja boleh berlaku dalam perlumbaan seperti ini. Apa yang penting, saya perlu kekal fokus memburu kemenangan di Jempol, atau setidak-tidaknya berada di atas podium.”