Norizman Ismail relaxed ahead of the Cub Prix finale in Alor Setar this weekend

Having missed this season’s CP130 title, Norizman Ismail heads into the 2014 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship at Alor Setar, Kedah this weekend pressure-free.

The Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing rider who failed to finish on the podium in the last two rounds lost the coveted crown to youngster, Mohd Zaqhwan Zaidi in the penultimate leg in Jempol earlier this month.

This is the second time the two-time Cub Prix Champion has narrowly missed the opportunity to join the few elites to have three titles to their name. Last year he lost the championship battle to Ahmad Fuad Baharuddin in the final round in Shah Alam.

Additionally, Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing also lost the CP130 best team award that they have held on to for three consecutive seasons.

“Pressure got the best of me. After my win in Kluang I pushed so hard in the following races and ended up making a lot of mistakes and lost a lot valuable points. But the final blow came in Kangar (Round 8) when I crashed in the opening lap. That mistake change the course of the championship entirely,” said Norizman.

Marking the 10th round of the Malaysian Cub Prix Championship, the main focus of the race would be the battle for second overall between PETRONAS Yamaha CKJ duo, Ahmad Afif Amran, Affendi Rosli and Norizman Ismail.

CP130 rookie, Afif is currently the best of the three with 131 points while Affendi, a former SCK rider is at a tie with Norizman with 121 points.

“I will approach this last round in Kedah without any pressure and just enjoy the race. Completing the season second overall is as good as losing to me. But, having said that, I will still give my very best and go for the best possible results. I look forward to the final race of the season and hopefully everything goes well there for me and the team,” he said.

 

NORIZMAN TENANG HADAPI PERLUMBAAN AKHIR DI ALOR SETAR

Kegagalan merebut gelaran keseluruhan CP130 pada musim ini tidak mengganggu tumpuan Norizman Ismail untuk menghadapi saingan Pusingan 10 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Alor Setar pada minggu ini.

Kegagalan menaiki podium sepanjang dua pusingan lepas telah memusnahkan hasrat plelumba Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing itu untuk muncul juara keseluruhan yang menyaksikan pelumba muda, Mohd Zaqhwan Zaidi telahpun dinobatkan sebagai juara keseluruhan sebaik perlumbaan pusingan kesembilan berakhir di Jempol, awal November lalu.

Ini merupakan kegagalan kali kedua buat Norizman setelah dikecewakan oleh Ahmad Fuad Baharudin pada perlumbaan terakhir di Shah Alam, tahun lepas ketika masing-masing berusaha meraih gelaran keseluruhan buat kali ketiga.

Lebih mengecewakan, musim 2014 turut menyaksikan pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing gagal mempertahankan gelaran juara keseluruhan berpasukan yang dimenangi selama tiga musim berturut-turut sebelum ini.

“Nasib saya tidak begitu baik pada tahun ini. Selepas memenangi perlumbaan di Kluang, saya gagal mencapai keputusan yang baik meskipun telah cuba memberikan aksi terbaik, mungkin ia disebabkan oleh faktor tekanan untuk mengejar kemenangan sehinggan menyebabkan saya banyak melakukan kesilapan. 

“Paling mengecewakan insiden di Kangar (Pusingan 8) dimana saya terjatuh seawal pusingan pertama lagi. Insiden tersebut turut merubah lanskap kejuaraan  ketika itu sehingga membuka laluan mudah buat pencabar lain khususnya Zaqhwan untuk merebut gelaran,” jelas Norizman yang kini bersaing memburu gelaran naib juara bersama-sama duo PETRONASYamaha-CKJ, Ahmad Afif Amran dan  Mohd Affendi Rosli.

Setakat sembilan pusingan lepas, Afif berada di tangga kedua dengan 131 mata manakala Affendi dan Norizman masing-masing terikat dengan 121 mata.

 “Tekanan pada perlumbaan di Kedah minggu ini tidak sepertimana perlumbaan-perlumbaan lepas. Memburu kedudukan sebagai naib juara ataupun di tangga ketiga tidak sehebat bersaing merebut gelaran juara. Namun begitu, saya tetap akan memberikan aksi terbaik sepertimana yang sering saya cuba lakukan dalam setiap perlumbaan. 

“Mudah-mudahan saya mampu menamatkan perlumbaan terakhir pada musim ini dengan keputusan terbaik,” jelas Norizman.

 

- Advertisement -