Ahmad Fazrul Sham on the starting grid in Melaka

Ahmad Fazrul Sham tidak sabar untuk turun beraksi bagi mempertahankan kedudukan pendahulu CP130 menjelang pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2015 yang kini sedang berlangsung di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis.

Seakan diberi nafas baru, pelumba berpengalaman itu mempamerkan aksi terbaiknya setakat ini memadam prestasi suram sepanjang empat musim lepas di mana ketika ini dia sedang mendahului lain-lain pelumba termasuk abangnya, Ahmad Fazli Sham (PETRONAS Yamaha Maju Motor).

Terlepas aksi pusingan pembukaan, pelumba Yamalube AHM itu tampil buat pertama kali di Batu Kawan (Pusingan 2) dan berjaya menamatkan saingan di kelompok 10 pelumba terbaik sebelum memperbaiki kedudukan ke kelompok lima pelumba terbaik pada pusingan berikutnya di Muar.

Pelumba kelahiran Perak itu terus mengorak langkah dengan meraih dua gelaran juara berturut-turut di Terengganu (Pusingan 4) dan Melaka (Pusingan 5) untuk berada di tangga teratas kelas perdana itu dengan 70 mata, enam mata mendahului Fazli Sham di kedudukan kedua.

“Saya tidak sabar untuk kembali beraksi, malah tempoh rehat sebelum ini membolehkn saya berehat dan mengembalikan kecergasan selepas melalui jadual perlumbaan yang padat pada separuh musim pertamma tahun ini,” jelas Fazrul Sham.

“Meskipun sedang mendahului kedudukan, namun saingan begitu sengit dengan hanya 13 mata memisahkan kedudukan saya dengan empat lagi pelumba di belakang. Saya perlu mengutip mata maksimum jika mahu terus berada di tangga teratas dan kami juga tidak boleh melakukan sebaranng kesilapan seperti terjatuh atau gagal menamatkan perlumbaan kerana ia bakal menjejaskan peluang saya untuk mengejar gelaran keseluruhan.

“Separuh musim pertama lepas semuanya lancar dengan dua kejayaan jadi sebaik bersambung semula, saya berharap mampu meraih keputusan serupa pada separuh musim lagi. Beberapa litar akan datang merupakan antara litar kegemaran saya manakala di litar yang kurang digemari, saya perlu bekerja keras untuk meraih keputusan terbaik,” tambah Fazrul Sham.

Pada masa sama pelumba yang masih belum memegang gelaran kelas perdana itu percaya persaingan sihat bersama abangnya juga merupakan faktor yang mempengaruhi aksi terbaiknya ketika ini.

“Saya sentiasa menjadikan Fazli sebagai inspirasi untuk berjaya. Meskipun dia merupakan antara pelumba paling veteran di padok Cub Prix, namun dia tidak pernah ketinggalan menjadi pencabar utama kepada pelumba-pelumba muda ketika ini.”

“Dapat berada di hadapan Fazli ketika ini menjadi motivasi penting kepada saya untuk meraih lebih banyak kemenangan. Fazli telah memenangi dua gelaran CP130 / Expert jadi saya berharap giliran saya pula pada tahun ini,” jelas Fazrul Sham.

FAZRUL SHAM REJUVENATED AND RARING TO GO 

Ahmad Fazrul Sham said he is rejuvenated and determined to defend his CP130 advantage as the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship commenced at Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis on Saturday.

In a year that has seen him revive some of his career’s best form after suffering a slump in the past few years, Fazrul Sham heads into the second half of the season with a six point advantage in the standings over his older brother, Ahmad Fazli Sham (PETRONAS Yamaha Maju Motor).

Despite a late entry where he missed the opening round, the Perak-born rider swiftly adapted with Yamalube AHM and scored a top-10 finish for his first race at Batu Kawan (Round 2).

He followed up with a top-five placing in Muar (Round 3) before clinching a back-to-back victory in Terengganu (Round 4) and Melaka (Round 5) leading the championship with 70 points.

“The break was important for me to rest and recharge after five intense rounds. Now I can’t wait to continue with my campaign,” said Fazrul Sham.

“With just 13 points separating the top-five, it is important for us to keep scoring maximum points to stay ahead in the next five rounds. We cannot afford to crash or retire from any rounds as that will hurt out title hopes.” 

“The first half went very well with two victories and I hope that the second part of this season will go just as well. Some of the tracks we’re going to I really like while I might have to be defensive at others,” he added.

Fazrul Sham, who has yet to clinch a Cub Prix title also believes that having to compete against his brother keeps him on top of his game. 

“I’ve always looked up to Fazli. Although he is considered as one of the ‘veterans’, he has proven himself a worthy contender time and time again against a field of young riders. 

“Being able to outrun him so far has me feeling very motivated and thirsty for more victories. He has won two CP130/Expert titles so I hope, 2015 will be my year,” said Fazrul Sham.

- Advertisement -