Yuki Takahashi during the SuperSports practice in Thailand

Pelumba Jepun, Yuki Takahashi muncul pelumba terpantas SuperSports 600cc pada saingan hari pertama Kejuaraan Motosikal Asia FIM yang berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, hari ini.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda itu mencatat masa terbaik 1’40.181s pada sesi latihan kedua mengatasi catatan pelumba tuan rumah, Ratthapong Wilairot (AP Honda Racing Thailand) yang terlebih dahulu mencatat masa terpantas 1’40.314s pada sesi latihan pertama.

Sementara itu, pendahulu keseluruhan, Tomoyoshi Koyama (T.Pro Yuzy Honda NTS) mencatat masa ketiga terpantas dengan masa 1’40.565s, 0.434s lebih baik berbanding catatan yang dilakukan pada sesi latihan pertama.

Sementara itu, pelumba Malaysia yang juga rakan sepasukan Yuki, Mohd Zaqhwan Zaidi mencatat masa keenam terbaik dengan masa 1’41.206s di belakang Ahmad Yudhistira (Manual Tech KYT Kawasaki), 1’40.799s dan seorang lagi pelumba Thailand, Jakkrit Swangswat, 1’40.827s.

Berpuas hati dengan catatan yang dilakukan, Yuki berharap dapat meraih kemenangan pada perlumbaan minggu ini bagi merampas kedudukan pendahulu dari Koyama yang hanya dibezakan dengan empat mata ketika ini.

“Saya pernah datang beraksi di sini pada awal tahun dan ia banyak membantu saya pada hari ini,” jelasnya.

Tambahnya, “Namun ketika itu saya menggunakan tayar berbeza jadi saya masih perlu menyesuaikan diri dengan tayar yang digunakan pada hari ini. Meskipun masih terdapat beberapa kelemahan, namun saya percaya jurutera pasukan dapat membantu untuk saya menghadapi sesi kelayakan pada hari esok terutama dari segi pemilihan tayar dan sus[ensi jentera.

“Selain itu, saya menggemarkan bentuk litar ini meskipun ia kelihatan mudah, namun sebenarnya agak mencabar kerana memerlukan sepenuh perhatian dan juga jentera yang seimbang,” jelasnya.

Sementara itu, pelumba tuan rumah, Nakarin Athiratphuvapat menggunakan kelebihan beraksi di halaman sendiri untuk mencatat masa terpantas bagi saingan Asia Production 250cc.

Pelumba AP Honda Racing Thailang itu mencatat masa terpantas 1’57.594s pada sesi latihan ketiga mengatasi catatan rakan sepasukan, yang juga pendahulu keseluruhan Apiwat Wongthananon yang mencatatkan 1’58.172s. Sementara itu, Ayumu Tanaka (YellowCorn Akeno Speed Racing) muncul pelumba ketiga terpantas 1’58.837s.

Pelumba Jepun, Takehiro Yamamoto (Trickstar Racing) yang sebelum itu menguasai sesi latihan pertama dan kedua mencatat masa keempat terpantas, 1’59.060s diikuti Vorapong Malahuan kelima, 1’59.098s.

Dalam kelas Underbone 130cc, pelumba BKMS Indonesia Racing, Ferlando Herdian bakal menjadi pelumba terakhir yang akan keluar pada sesi Superpole esok setelah mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan dengan catatan 2’08.925s mengatasi rakan senegara, Wahyu Aji Trilaksana (Faito Factory Racing) dan juara bertahan, Gupita Kresna (Manual Teck KYT Rextor) yang mencatat masa terbaik 2’09.388s dan 2’09.587s.

Lain-lain pelumba yang turut layak ke sesi Superpole ialah Adib Rosley, Norizman Ismail, Florianus Roy, Azam Omar, Azhar Abdul Jalil, Elly Idzlianizar Ilias dan Amirul Ariff Musa.

 

Keputusan Latihan Bebas

SuperSports 600cc

1.Yuki Takahashi (Honda) 1’40.181s 2.Ratthapong Wilairot (Honda) 1’40.314s 3.Tomoyoshi Koyama (Honda) 1’40.565s 4.Yudhistira (Kawasaki) 1’40.799s 5.Jakkrit Swangswat (Honda) 1’40.827s

 

Asia Production 250cc

1.Nakarin Athiratphuvapat (Honda) 1’57.594s 2.Apiwat Wongthananon (Honda_ 1’58.172s 3.Ayumu Tanaka (Honda) 1’58.837s 4.Takehiro Yamamoto (Kawasaki) 1’59.060s 5.Vorapong Malahuan (Honda) 1’59.098s

 

Kelayakan

Underbone 130cc

1.Ferlando Herdian (Yamaha) 2’08.925s 2.Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha) 2’09.388s 3.Gupita Kresna (Kawasaki) 2’09.587s 4.Adib Rosley (Yamaha) 2’09.630s 5.Norizman Ismail (Honda) 2’09.833s

 

YUKI TOPS FIELD IN SUPERSPORTS PRACTICE

Yuki Takahashi sent out an early warning shot to rivals on Friday by topping the SuperSports 600cc opening practice ahead of this weekend’s FIM Asia Road Racing Championship at the Chang International Circuit in Buriram, Thailand.

Yuki left it late into FP2 to edge out home favourite, Ratthapong Wilairot (AP Honda Racing Thailand) to take top spot on the timesheets with 1’40.181s while his Thai rival settled for second best with a best lap time of 1’40.314s from FP1.

Championship leader, Tomoyoshi Koyama (T.Pro Yuzy Honda NTS) improved his lap time by 0.434 seconds from FP1 to end the opening practice third in 1’40.565s.

Ahmad Yudhistira (Manual Tech KYT Kawasaki), riding with a new engine ended the day fourth in 1’40.799s while a recovered Jakkrit Swangswat impressed in fifth with 1’40.827s.

Malaysian, Zaqhwan Zaidi registered sixth with 1’41.206s.

Content with his pace, Yuki is determined to convert his recent improvements into another win in his bid to reclaim the championship lead from Koyama who currently holds a four point advantage.

“I came here to race earlier this year and that helped me a lot today,” said the Musashi Boon Siew Honda Racing rider.

He added, “However when I came here to race it was on different tyres so naturally we had to work hard to find the best setup today. At the moment our configuration is not perfect but I trust the engineers can make further improvements before the qualifying, especially where the suspension and tyres are concern.”

“Besides that, I really like this track. On paper it looks relatively easy but in reality riding here is actually quite tricky. It requires a lot of concentration and a perfectly balanced machine. Hopefully we can get good results and take control of the title chase again.”

Meanwhile Nakarin Athiratphuvapat capitalized on home advantage at the Chang Circuit as he blazed to the top of the Asia Production 250cc timesheets.

The AP Honda Racing Thailand set the benchmark at 1’57.594s in FP3 ahead of AP Honda Racing Thailand teammate, Apiwat Wongthananon with 1’58.172s and Ayumu Tanaka (YellowCorn Akeno Speed Racing) third in 1’58.837s.

Despite dominating the first two practice sessions, Japan’s Takehiro Yamamoto (Trickstar Racing) was fourth fastest in the combined timesheets with 1’59.060s followed by Vorapong Malahuan fifth, 1’59.098s.

In other developments, Ferlando Herdian is set to lead the Underbone 130cc SuperPole tomorrow having aced the qualifying session.

The BKMS Indonesia Racing rider will start last having recorded the quickest lap in 2’08.925s ahead of compatriots, Wahyu Aji Trilaksana (Faito Factory Racing) and reigning champion, Gupita Kresna (Manual Teck KYT Rextor) who posted 2’09.388s and 2’09.587s respectively.

Others that made the cut includes Adib Rosley, Norizman Ismail, Florianus Roy, Azam Omar, Azhar Abdul Jalil, Elly Idzlianizar Ilias and Amirul Ariff Musa.

 

Combined Free Practice Results

SuperSports 600cc

1.Yuki Takahashi (Honda) 1’40.181s 2.Ratthapong Wilairot (Honda) 1’40.314s 3.Tomoyoshi Koyama (Honda) 1’40.565s 4.Yudhistira (Kawasaki) 1’40.799s 5.Jakkrit Swangswat (Honda) 1’40.827s

 

Asia Production 250cc

1.Nakarin Athiratphuvapat (Honda) 1’57.594s 2.Apiwat Wongthananon (Honda_ 1’58.172s 3.Ayumu Tanaka (Honda) 1’58.837s 4.Takehiro Yamamoto (Kawasaki) 1’59.060s 5.Vorapong Malahuan (Honda) 1’59.098s

 

Qualifying

Underbone 130cc

1.Ferlando Herdian (Yamaha) 2’08.925s 2.Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha) 2’09.388s 3.Gupita Kresna (Kawasaki) 2’09.587s 4.Adib Rosley (Yamaha) 2’09.630s 5.Norizman Ismail (Honda) 2’09.833s

- Advertisement -