khairul.3

Khairul Idham Pawi berjaya menamatkan saingan Pusingan 5 Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia CEV Repsol FIM di Litar Albacete, Sepanyol sekalipun sekadar bermula dari kedudukan ke-14, semalam.

Pelumba Honda Team Asia itu mengalami kesukaran untuk mendapatkan masa terbaik pada sesi kelayakan apabila sekadar mencatat masa ke-14 terpantas namun bangkit untuk menamatkan 19 pusingan perlumbaan akhir di kedudukan ketujuh dengan masa 30’57.053s.

Khairul kini jatuh ke kedudukan keempat dalam senarai keseluruhan dengan 89 mata.

Sementara itu Aron Canet terus mendahului kedudukan dengan 131 mata setelah memenangi perlumbaan dengan masa 30’38.996s di hadapan pelumba Itali, Nicolo Bulega dan Albert Arenas, masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga dengan masa 30’45.094s dan 30’48.891s.

“Saya agak kecewa dengan aksi minggu ini. Saya telah mencuba sedaya upaya untuk merapatkan jurang dengan kelompok hadapan namun jentera saya tidak mempunyai kelajuan mencukupi terutama di selekoh yang tajam dan pendek berbeza pula ketika di selekoh panjang.

“Kedudukan kami ketika ini jatuh ke tangga keempat jadi saya perlu kembali ke atas podium pada perlumbaan akan datang seandainya mahu kembali ke kelompok tiga pelumba teratas sewaktu di Navarra nanti,” jelas juara Honda Asia Dream Cup 2014 itu.

Pada masa sama Khairul turut teruja untuk membuat penampilan pertama di pentas Moto3 Kejuaraan Dunia atas tiket wildcard di Aragon pada 27 September ini.

“Sasaran saya adalah untuk menerima seberapa banyak pengalaman di pentas Moto3 Kejuaraan Dunia nanti. Peluang ini merupakan satu pendedahan berguna yang perlu saya manfaatkan sebaik mungkin apabila dapat bersaing bersama pelumba handalan lain untuk perkembangan karier saya,” jelasnya.

khairul.6

 KHAIRUL RECOVERS FROM POOR QUALIFYING TO FINISH 7TH IN ALBACETE

Khairul Idham Pawi overcame a poor qualifying to finish seventh in Round 5 of the FIM CEV Repsol Moto3 Junior World Championship at the Albacete Circuit in Spain on Sunday.

The Honda Team Asia rider struggled in search of a competitive lap time to qualify for P14 on the grid but delivered an impressive pace during the race, completing the gruelling 19-lap battle in 30’57.053s. As a result, he dropped from third to fourth in the championship standings with 89 points.

Meanwhile Aron Canet extended his championship lead to 131 points after he took victory at the Spanish circuit in 30’38.996s ahead of Italian, Nicolo Bulega and Albert Arenas who stopped the clock in 30’45.094s and 30’48.891s respectively.

“I’m a bit disappointed. I tried very hard to close the gap with the frontrunners but our bike was not fast enough at the tight and short corners. However, we were quicker at the longer turns. Now we are fourth in the standings and our target is to get back on the podium and recover the top-3 position for the next race in Navarra,” said the Honda Asia Dream Cup graduate.

Prior to the Navarra round, Khairul will make his debut in the Moto3 World Championship as a wildcard at the Aragon Circuit this 27 September.

“My target in Aragon GP is to learn and gain more experience from the Moto3 World Championship field. It is good exposure and I’m sure the knowledge picked up from competing with the world’s best will help drive my career forward faster,” he said.

 

Moto3 Race Results

1.Aron Canet (SPA) 30’38.996s 2.Nicolo Bulega (ITA) 30’45.094s 3.Albert Arenas (SPA) 30’48.891s 4.Stefano Valtulini (ITA) 30’52.413s 5.Aaron Polanco (SPA) 30’52.540s

 

Selected

7.Khairul Idham Pawi (MAS) 30’57.053s

 

Moto3 Junior World Championship Standings

1.Aaron Canet (SPA) 131 points 2.Joan Mir (SPA) 100 points 3.Nicolo Bulega (ITA) 95 points 4.Khairul Idham Pawi (MAS) 89 points 5.Albert Arenas (SPA) 77 points

- Advertisement -