Shabaan Hussin menamatkan kemarau hampir dua tahun tanpa sebarang trofi apabila muncul juara kejohanan Golf jelajah PGM Tertutup Sime Darby Harvard.
Pemain berusia 36 tahun ini menamatkan hari terakhir dengan catatan 70 pukulan 2 dibawah par.
Catatan ini sudah memadai buat pemain kelahiran Selangor ini untuk mengekalkan kedudukan selaku pendahulu sekaligus muncul juara dengan catatan terkumpul selepas empat pusingan 274 pukulan 14 dibawah par.
Selaku juara, Shaaban Hussin membawa pulang wang tunai RM 30 600 beserta trofi.
‘Saya bermula baik diawal dengan 6 dibawah par. Malah saya berjaya mengekalkan permainan yang konsisten sehingga hari terakhir dan itulah yang menjadi kunci kejayaan saya.’ kata Shaaban Hussin.
Naib juara dikongsi bersama pemain muda Low Khai Jei dan Iylia Jamil yang mengumpul 12 dibawah par keseluruhan sekaligus pulang dengan wang tunai RM 16 389.
Hari terakhir, Khai Jei melakar 67 pukulan 5 dibawah par untuk melonjak ke tangga kedua manakala Iylia mencatat 70 pukulan dua dibawah par.
Khor Kheng Wai berpuashati di tangga keempat selepas menamatkan hari terakhir dengan catatan terkumpul 277 pukulan 11 dibawah par.