jdt.bengalur

Juara bertahan Piala AFC, Johor Darul Takzim mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan kumpulan H selepas menundukkan JSW Bengaluru 1-0 di Stadium Sree Kanteerava Karnataka.

Gol kemenangan Harimau Selatan dijaringkan Safiq Rahim pada minit ke 54 hasil sepakan percuma.

Selepas dua perlawanan, skuad kendalian Mario Gomez mengumpul mata maksimum, enam mata untuk menerajui kumpulan H .

Manakala dua pasukan, Ayeyawady United dari  Myanmar dan Lao Toyota FC dari Laos masing masing menghuni tangga kedua dan ketiga, berkongsi tiga mata susulan satu kemenangan dan sekali tewas dalam dua perlawanan.

Manakala Bengaluru ditangga tercorot, tanpa sebarang kemenangan.

- Advertisement -