SuperSports 600cc ARRC.West

Moto2 rider Anthony West, who was racing in the Moto2 World Championships from 2010 to 2015 has confirmed that he will be riding in the premiere class of the FIM Asia Road Racing Championship.

West will be one of nine riders on the 21-man SuperSports 600cc grid with world level championships added to their resume. These are, Yuki Takahashi, Anthony West, Zaqhwan Zaidi, Decha Kraisart, Azlan Shah Kamaruzaman, Noriyuki Haga, Ratthapong Wilairot, Thitipong Warokorn and Tomoyoshi Koyama.

“I will be racing against factory teams this weekend. But that’s nothing new to me. Let’s see if we can win this one,” said the 35-year-old Australian rider who will be racing on board a Yamaha R6 with Singaporean team Akeno Speed WJR Racing.

West had previously tested with the team in their own private session at the 3.86km Johor Circuit, but was absent from the Championship’s official pre-season test last week. The first practice on Thursday, March 31, will be West’s first time out on the grid with the other Asian riders.

Race 1 of the SuperSports 600cc class will be held on Friday, April 1, 2016 followed by Race 2 on Saturday, April 2. Spectator entry to the Johor Circuit is free.

 

ANTHONY WEST SERTAI ARRC

Pelumba Moto2, Anthony West yang beraksi di pentas Grand Prix Dunia dari tahun 2010 hingga 2015 mengesahkan bakal menyertai saingan Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) pada pusingan pertama yang akan berlangsung di Litar Johor, Pasir Gudang, Johor pada 31 Mac hingga 2 April ini.

West akan beraksi bersama 21 pelumba lain dalam kelas perdana SuperSports 600cc dan merupakan salah seorang antara sembilan pelumba yang pernah beraksi di pentas kejuaraan dunia selain Yuki Takahashi, Zaqhwan Zaidi, Decha Kraisart, Azlan Shah Kamaruzaman, Noriyuki Haga, Ratthapong Wilairot, Thitipong Warokorn dan Tomoyoshi Koyama.

“Saya akan beraksi menentang barisan pelumba ‘factory’ lain pada minggu ini. Namun ia bukan sesuatu yang baharu bagi saya. Mari kita lihat adakah saya mampu untuk memenangi perlumbaan,” jelas pelumba berusia 35 tahun yang akan menggunakan jentera Yamaha YZF R6 bersama pasukan Singapura, Akeno Speed WJR Racing.

West sebelum ini menjalani ujian persendirian bersama pasukan di litar sepanjang 3.86km ini namun tidak hadir ketika sesi ujian pra-musim, minggu lepas. Sesi latihan bebas pertama pada hari Khamis, 31 Mac merupakan aksi pertama West berdepan pelumba-pelumba asia lain.

Perlumbaan 1 akan berlangsung pada Jumaat, 1 April dan Perlumbaan 2 pada Sabtu, 2 April. Penonton yang ingin menyaksikan perlumbaan di Litar Johor, masuk adalah percuma.

- Advertisement -