Farah Ann Abdul Hadi

Oleh Ku Mohd Lufti

Ratu gymnast negara, Farah Ann Abdul Hadi mengharapkan kejohanan Gymnastik Piala Cabaran Dunia di Slovenia menghasilkan keputusan yang positif dalam persiapan untuk ke Olimpik Rio Ogos nanti.

Malah, beliau mengharapkan persembahan yang lebih baik selepas gagal menyerlah di Kejohanan Piala Cabaran Dunia Di Doha baru baru ini.

“Persemabahan saya di Doha bukan yang terbaik kerana ada kesilapan teknikal. Banyak lagi yang perlu saya lakukan selepas ini sebelum ke kejohanan seterusnya,” kata Farah Ann.

Farah tidak berehat sebaliknya terus berkampung di Doha untuk memperbaiki kekurangan sekaligus memastikan pencapaian yang lebih baik dilakukan di Slovenia nanti.

“Saya rasa lebih yakin selepas menjalani latihan dan memperbaiki kesilapan yang dilakukan ketika di Doha. Fokus saya di Slovenia nanti adalah mahu menyempurnakan kesemua displin dengan sebaik mungkin untuk dapat mata semaksima mungkin serta mengurang kesilapan yang akan menjejaskan kutipan mata,” tambahnya lagi.

Faktor lain yang mungkin menjadi pengahalang buat Farah dalam misi memburu slot ke Rio adalah tekanan ketika beraksi di gelanggang.

Peluang terakhir buat atlet gymnast negara memburu kelayakan ke sukan Olimpik Rio Ogos nanti adalah Kelayakan gymnastic Rio Akhir Aquece, di Rio De Janeiro bermula 16 hingga 22 April.

Atlet kelahiran Subang Jaya ini mengharapkan ia mampu dikawal sekaligus berazam mahu membalas jasa pihak pihak yang membantunya dengan kejayaan untuk beraksi di Olimpik Rio Ogos nanti.

Farah Ann Abdul Hadi dan seorang lagi gymnast negara Tracy Ing Yueh sedang menjalani latihan pusat di Doha sebelum ke Slovenia untuk menyertai Piala Dunia yang akan bermula dari 8 hingga 10 April.

- Advertisement -