Oleh Ku Mohd Lufti
Pengalaman menewaskan pilihan keenam kejohanan, Wang Yihan nyata menjadi factor terhadap kemenangan pemain Thailand Ratchanok Intanon apabila mudah membenam cabaran pemain Taiwan, Tai Tzu Ying untuk muncul juara bagi kategori perseorangan wanita.
Pemain berusia 21 tahun ini hanya memerlukan 39 minit untuk menundukkan Tzu Ying dengan kemenangan straight set 21-14, 21-15 dalam masa 39 minit.
Ini adalah kemenangan ke 8 Ratchanok dalam 13 pertemuan dengan Tai Tzu Ying setakat ini.
“Saya gembira dapat meraih kemenangan pertama di Terbuka Malaysia tahun ini. Bagi saya, Tai Tzu Ying mempunyai kelebihan dalam aspek teknik. Malah saya telahpun melakukan persediaan sepenuhnya untuk perlawanan final,” kata Ratchanok.
“Saya cuba menjarakkan mata sejauh mungkin selain mengurangkan kesilapan sepanjang perlawanan. Saya tidak memikirkan tentang kemenangan kerana kejayaan menumpaskan Wang Yihan di separuh akhir adalah kejayaan terbesar dalam karier saya,”
Mengulas tentang peluangnya di Olimpik, pemain kelahiran Bangkok ini tidak boleh memberi pendapat khusus kerana persaingan dalam perseorangan wanita agak sukar untuk dijangka.
Sukar untuk menentukan siapa pemain pilihan kerana kesemua pemain perseorangan wanita mempunyai kemahiran dan kelabihan yang agak sama.
Kemenangan Ratchanok sebenarnya mengembalikan Thailand dalam senarai pemenang khususnya perseorangan wanita.
Kali terakhir Thailand melakar nama dalam senarai pemenang bagi perseorangan wanita adalah pada tahun 1958 dan 1959 menerusi Pachara Pattabongs.