Oleh Ku Mohd Lufti
Hafiz Nor Azman berazam untuk kekalkan kemenangan milik pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing apabila berjaya mencatat masa terpantas dalam ujian masa kategori CP130 di Pusingan ke 2, Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang.
Pelumba berusia 20 tahun melakar 53.151 saat, mengatasi juara pusingan pertama, Kasma Daniel Kasmayudin dan Ahmad Fazli Sham daripada PETRONAS Yamaha Maju Motor yang mencatat masa terbaik 53.405 saat dan 53.420 saat.
“Kerja keras pasukan sangat membantu saya. Kami melakukan perubahan dalam setiap sesi latihan dan berjaya melakukan catatan yang lebih pantas. Komunikasi diantara pasukan sangat baik,” jelas Hafiz.
Pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing mempunyai rekod baik di Batu Kawan dengan rekod juara pada tahun 2006, 2010, 2013 dan 2015.
Sementara itu, pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang, Tengku Amirul Haffirudin meneruskan kecemerlangan pusingan lepas apabila paling pantas dalam kategori CP115.
Tengku Amirul mencatat masa terpantas 54.151saat, 0.488 saat lebih pantas berbanding Md Harith Farhan Baharin daripada Idemitsu Kozi Yam Honda Racing yang mencatat 54.639 saat manakala pelumba FELDA PB Racing, Md Iqbal Amri Abd Malek ketiga terpantas.
Aksi cemerlang pasukan Idemitsu Kozi Yam Honda Racing diteruskan dalam kelas Wira menerusi trio Md Shafiq Ezzariq, adik pelumba Moto3 sensasi negara, Khairul Idham Pawi, Md Anuar Ibrahim dan Saiful Azhary Muhamad.
Â
Keputusan ujian masa:
CP130
1. Md Hafiz Nor Azman (PRK) Honda 53.151s
2. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 53.405s
3. Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 53.420s
4. Norizman Ismail (SGR) Honda 53.487s
5. Md Izzat Zaidi Salehan (SGR) Yamaha 53.563s
Â
CP115
1. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Yamaha 54.151s
2. Md Harith Farhan Baharin (TRG) Honda 54.639s
3. Md Iqbal Amri Abd Malek (PRK) Yamaha 54.863s
4. Md Akid Aziz (KUL) Yamaha 54.943s
5. Md Muzakkir Mohamed (SGR) Yamaha 55.083s
Â
WIRA
1. Md Shafiq Ezariq (SGR) Honda 55.335s
2. Md Anuar Ibrahim Pawi (PRK) Honda 55.732s
3. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Honda 55.909s
4. Md Afizi Supaat (SGR) Yamaha 55.921s
5. Md Qhuwarismi Md Nasir (PNG) Yamaha 55.985s