Thomas-Uber-Cup-Finals-2016

Oleh Ku Mohd Lufti

Pengalaman menjadi kayu ukuran dalam pemilihan pemain untuk mewakili skuad piala Thomas bagi tahun 2016.

Senarai empat pemain perseorangan yang diumumkan, nama pemain perseorangan ketiga negara, Zulfadli Zulkifli tidak disenaraikan.

Zulfadli menduduki ranking 41 dunia, manakala Iskandar di tangga ke 36 dunia, sementara Chong Wei Feng dan Goh Soon Huat masing masing menghuni tangga ke 52 dan 59 dunia.

Jelas pengarah teknikal Persatuan Badminton Malaysia, Morten Frost Hansen, pengalaman adalah factor utama dalam pemilihan empat pemain perseorangan untuk menggalas tugas sebagai pemain skuad piala Thomas.

“Seperti yang Tan Sri Al Amin katakan, empat pemain perseorangan yang dipilih  dan pemain pemain lain adalah yang terbaik kita ada. Pengalaman adalah penting kerana jika tiada pengalaman, mereka akan berdepan tugas sukar untuk berdepan pemain lawan,” kata Morten.

Kesemua pemain yang dipilih untuk skuad Thomas dan Uber akan mula menjalani latihan pusat bermula 3 hingga 10 Mei dan akan terbang ke China pada 11 Mei.

Ketika ini, sebahagian pemain bagi skuad piala Thomas dan Uber sedang menyertai kejohanan Badminton Asia di Wuhan, China.

- Advertisement -