Oleh Muhammad Aiman
Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) menafikan mereka cuba menyekat keghairahan peminat bolasepak dengan tidak memperuntukkan tiket kanak-kanak dan pelajar bagi aksi final Piala FA.
Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata adalah tidak wajar FMLPP dilabel sedemikian hanya kerana tiada tiket untuk kanak-kanak dan menegaskan badan yang bertanggungjawab mengurus Liga Malaysia itu sentiasa berusaha menganjurkan pelbagai program untuk menarik minat golongan itu meminati bolasepak. Â
âSebagai contoh untuk perlawanan akhir ini sahaja kami anjurkan program khas untuk lebih 1,000 kanak-kanak berumur lingkungan 6-12 tahun yang dibuka kepada semua secara percuma. Ini adalah inisiatif bersama rakan rasmi kami dalam menjayakan program ini.â
Kevin turut menegaskan bahawa mencetus keghairahan terhadap bolasepak bukan semata-mata dengan menarik peminat cilik ini hadir ke stadium dan duduk memberikan sokongan di kerusi penonton.Â
âItu bukan langkah efektif jika kita mahu memupuk minat mereka (kanak-kanak) terhadap bolasepak. Kita anjurkan program, berikan mereka pendedahan dan rasai sendiri pengalaman secara dekat di Stadium Shah Alam. Mereka berpeluang melihat perjalanan di belakang tabir bagaimana perlawanan akhir itu berlangsung dan berpeluang berjumpa dengan para pemain,â ujar Kevin.
Kenyataan Kevin ini dilihat sebagai membalas teguran Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) yang mempersoal ketiadaan peruntukkan tiket untuk penonton kanak-kanak dan pelajar bagi perlawanan akhir Piala FA di antara Johor Darul Takzim dan PKNS Selangor yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 14 Mei 2016.
Presiden SAM, Ahmad Khawari Isa melihat keputusan itu sebagai langkah ke belakang oleh FMLLP yang memegang tanggungjawab untuk mencipta keghairahan bagi saingan bolasepak tempatan.
Sebanyak 70,000 tiket akan dijual dengan 50,000 tiket diperuntukkan kepada pasukan JDT manakala PKNS pula hanya meminta sebanyak 10,000 tiket. Sebanyak 10,000 lagi akan dijual secara atas talian bermula 9 Mei di laman sesawang www.tickethotline.com.my