Oleh Ku Mohd Lufti Â
Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2017, Datuk Marina Chin yakin isu gagal ujian doping melibatkan atlet muda khususnya mampu diatasi.
Isu doping dikalangan mula mejadi sebutan selepas kegagalan Datuk Lee Chong Wei, disusuli Sazali Samad dan terkini dua atlet angkat berat negara.
Namun Datuk Marina yakin dengan pendedahan yang secukupnya, isu ini tidak akan timbul khususnya ketika Sukan SEA 2017 berlangsung.
“Dalam perancangan memang akan ada banyak program pendidikan dan perancangan bukan sahaja dari Institut SUkan Negara (ISN) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)terhadap atlet atlet muda. Menerusi Program Pendidikan Dadah yang akan menyentuh tentang jenis jenis bahan yang dilarang, harapannya situasi ini dapat dikawal di masa akan datang.” Kata Datuk Marina.
Beliau meluangkan masa untuk melawat dan menyaksikan sesi latihan skuad boling negara petang tadi.
Sepanjang program lawatannya Datuk Marina nyata berpuas hati dengan kelengkapan serta penjelasan tentang program latihan daripada pemain pemain dan ketua jurulatih, Holloway Cheah.
Antara matlamat program lawatan Datuk Marina ke venue venue latihan untuk mendekati atlet atlet negara selain mengetahui perkembangan dan kekurangan yang dihadapi dalam persiapan untuk mengharungan Sukan SEA 2017.