denmark.thomas

Oleh Ku Mohd Lufti

Selepas Jepun melakar sejarah muncul juara Piala Thomas edisi 2014, kejuaraan itu beralih ke Eropah menerusi Denmark yang muncul juara bagi edisi 2016, menewaskan Indonesia, 3-2.

Denmark mengubah susunan pemain berbanding aksi separuh akhir ketika melakar kemenangan ke atas Malaysia.

Perseorangan pertama, Viktor Axelsen tidak berdepan masalah untuk menundukkan Tommy Sugiarto dengan keputusan straight set, 21-17, 21-18.

Percaturan untuk menukar gandingan, Mads Conrad Petersen dengan Mads Pieler Kolding tidak berhasil apabila tewas straight set kepada gandingan beregu nombor dua dunia, Mohd Ahsan-Hendra Setiawan 21-18, 21-13 sekaligus memberkan mata penyamaan 1 sama kepada Indonesia.

Jan O Jorgensen yang tidak diturunkan ketika menentang Malaysia nyata tidak mengecewakan apabila kembali meletakkan Denmark mendahului 2-1.

Jorgensen yang menduduki ranking kelima dunia menundukkan pemain muda Indonesia, Anthony Ginting 21-17, 21-12.

Beregu kedua Indonesia, Angga Pratama-Ricky Karanda Suwardi menghentikan seketika keceriaan  kem Denmark apabila menundukkan pasangan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 21-16, 21-14.

Hans Kristians Vittinghus muncul wira, menundukkan Ihsan Maulana Mustofa 21-15, 21-7 dalam aksi perseorangan ketiga sekaligus mengesahkan Denmark selaku juara baru Piala Thomas.

Kemenangan ini juga ibarat misi membalas dendam selepas Denmark tewas 4 kali ke atas Indonesia di pentas final Piala Thomas (1964, 1973, 1979, 1996).

Untuk rekod 2016 merupakan penampilan ke 9 Denmark di pentas final Piala Thomas.

- Advertisement -