thailand_vs_malaysia

Oleh Ku Mohd Lufti

Selepas empat perlawanan, Bernhardt akur menelan kekalahan pertama selaku pengendali skuad bawah 22 tahun negara.

Malaysia tewas 1-2 kepada skuad bawah 21 Thailand dalam aksi final Piala Negara Negara 2016 di Stadium Hang Jebat, Melaka ahad lalu.

Kejohanan yang diibaratkan seperti Pra Sukan SEA jelas membuka mata Bernhardt di mana kedudukan pasukannya berbanding tiga lagi pasukan, Vietnam, Singapura dan juara Piala Negara Negara 2016, Thailand.

Dari satu aspek, Bernhadrt berjaya membawa corak permainan yang berbeza dalam skuad projek 2017 ini kerana hanya melepaskan dua gol kepada Thailand yang dilabel sebagai kuasa besar dalam bolasepak di rantau Asia Tenggara khususnya.

Namun dari satu aspek, Bernhardt tidak segang untuk mendedahkan, Malaysia mampu mengalahkan pasukan Gajah Perang itu.

“Kemungkinan untuk mengalahkan mereka (Thailand) tetap ada jika kami mampu mengatasi faktor kekuatan fizikal dan tahap kecergasan,” kata Bernhardt.

Percaturan Thailand mengasak bertubi tubi ternyata berhasil apabila pemain pemain negara mula hilang konsentrasi termasuk mengalami kecederaan dipenghujung perlawanan.

Malah, pengendali kelahiran Jerman itu menyifatkan persembahan terbaik anak didiknya hanya wujud dibabak pertama sahaja.

Selain meningkatkan aspek fizikal, mungkin Frank Bernhardt juga perlu mengawal sepenuhnya tahap mentaliti pemain pemain yang ‘panas baran’.

Hilang fokus selain menerima tekanan yang tinggi tampak member kesan negatif terhadap pemain yang cepat ‘hilang sabar’.

Mungkin Bernhardt boleh mengambil iktibar daripada Vietnam yang mampu bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat kedudukan menerusi gol lewat permainan ketika menentang Singapura.

Semangat juang selain mentaliti pemain pemain Vietnam yang ‘sabar’ menanti peluang meskipun diuji bertubi tubi anak didik Richard Tardy cukup mengujakan dan wajar diberikan pujian.

Apapun, perjalanan masih lagi jauh, masih ada setahun buat kesemua pasukan untuk mempersiapkan diri sebelum KL 2017 menjelma.

Skuad kendalian Frank Bernhardt akan ke Negeri Matahari Terbit, Jepun bagi mengharungi beberapa siri perlawanan persahabatan.

- Advertisement -