australian.open

Oleh Ku Mohd Lufti

Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei tidak akan menyertai kejohanan badminton Terbuka Australia.

Juara enam kali Terbuka Indonesia itu disahkan mengalami kecederaan otot di peha kiri sebelum turun beraksi di final menentang Jan O Jorgensen di kejohanan itu Ahad lalu.

Chong Wei dijadual bertemu pemain muda Indonesia Christie Jonathan di pusingan pertama esok.

Pemenang pingat perak sukan olimpik itu merupakan pemain kelima yang menarik diri dari kejohanan terbuka Australia selepas Lin Dan, dua pemain Denmark, Jan O Jorgensen dan Viktor Axelsen serta pemain ranking kelapan dunia, Tommy Sugiarto.

Ketiadaan Chong wei sekaligus memberi bayangan wakil China, Chen Long di jangka menjadi pemain pilihan untuk muncul juara dalam aksi perseorangan lelaki.

Cabaran Malaysia akan dibawa pemain yang sedang meningkat naik, Iskandar Zulkarnain dan Zulfadli Zulkifli.

- Advertisement -