Oleh Muhammad Aiman
Skuad hoki wanita negara pulang dari bumi Perth dengan pencapaian mengagumkan apabila mencatat lima kemenangan dan satu keputusan seri dalam enam perlawanan latihan yang diharungi sepanjang jelajah selama 12 hari di Australia itu.
Dalam aksi terakhir Jelajah Australia pada Khamis, skuad bimbingan Dharmaraj Abdullah merakam kemenangan bergaya 6-1 ke atas Holistic Elite Athlete Training Centre (HEAT) menerusi jaringan hatrik Fatin Shafiqa Sukri, dua jaringan Fatin Naimah Zaki dan satu gol Hanis Nadia Onn.
âSecara keseluruhan, ianya satu jelajah yang cukup bermanfaat dan cukup positif untuk pasukan kita dan saya gembira dengan peningkatan yang ditunjukkan. Keyakinan pemain bertambah baik dan ramai pemain menunjukkan peningkatan mendadak terutamanya pemain-pemain berusia bawah 21 tahun seperti Fatin Shafiqah, Hanis Nadia, Surizan (Awang), Nurzafirah (Aziz) serta yang lain,â kata Dharmaraj.
Tambah jurulatih berusia 47 tahun itu, “Pemain senior seperti ketua pasukan Siti Rahmah, Juliani (Mohamed), Azlin Sumantri dan Siti Sahida (Saad) juga telah membentuk benteng terakhir yang cukup utuh. Manakala beberapa aspek permainan yang telah kita kenalpasti untuk diperbaiki sebelum ini, antaranya menyerang dan bertahan ketika sudut penalti turut menunjukkan peningkatan cukup baik.
âBagaimanapun masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki terutamanya membabitkan stamina pemain, dan kita akan bekerja ke arah itu dari semasa ke semasa.â   Â
Untuk rekod, pasukan negara yang berada di Perth sejak 12 Jun lalu, mengharungi empat perlawanan menentang Diamonds Club (2-0, 4-2 dan 3-2, 2-2) serta satu perlawanan menentang Western Australia Institute of Sports (2-0).