melaka.united

Oleh Ku Mohd Lufti

Pemain tinggi lampai kelahiran Romania, Alexandru Tudose tidak sabar untuk mengenali permainan bolasepak di rantau Asia.

Pemain berusia 29 tahun ini berkelana hampir sepanjang kariernya sebagai pemain pertahanan di Romania.

Pertama kali beraksi ketika 2005 dimana beliau menyertai Otelul Galati menentang National Bucuresti FC.

Malah, pemain yang mempunyai ketinggian 185cm ini telahpun menjaringkan empat gol, pastinya sesuatu yang diperlukan Mat Zan Mat Aris selain mengemudi bahagian pertahanan.

“Saya memilih Melaka kerana datang ke sini adalah sesuatu untuk melihat permainan di Asia kerana ada yang kata di sini tarafnya tidak begitu baik.

“Tetapi sejak saya di sini saya boleh katakan satu perkara bahawa tahapnya adalah sangat baik, bagi saya perbezaan di antara pemain tempatan dan import tidak begitu besar, kami juga mempunyai pemain tempatan yang kini bersama pasukan kebangsaan dan bermain di pertahanan tengah, kami mempunyai pertahanan kanan, kiri dan pemain tengah yang baik, jadi kami mempunyai pasukan yang kuat, matlamat kita adalah untuk memenangi liga dan ia adalah sesuatu yang tidak mustahil.” Kata Alexandru Tudose. 

Alex dan Yashir merupakan dua pemain import yang dibawa masuk Melaka United menggantikan Shin Jae Pil dan Balsa Bozovic.

Dua pemain ini diuji Melaka United sepanjang musim rehat saingan liga perdana sebelum sah diterima secara rasmi sebagai pemain kelab itu baru baru ini.

- Advertisement -