Oleh Ku Mohd Lufti
MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) mengesahkan 38 jenis sukan melibatkan 403 acara dijangka akan dilaksanakan di Temasya Sukan SEA 2017 nanti.
Presidennya, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar berkata, empat jenis sukan ditambah ke dalam senarai selepas ia diputuskan di Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA (MASOC) Ke 5 bersama sama wakil persatuan persatuan sukan pada Isnin di Wisma MOM.
Senarai baru ini diumumkan selepas MOM meneliti kesemua 41 jenis sukan yang tampil melakukan rayuan untuk dimasukkan ke dalam temasya edisi ke 29 itu.
âEmpat sukan yang ditambah adalah Lawan Pedang, Judo, Muay, dan Triathlon, melibatkan 19 jenis acara yang telah dipersetujui.
âEnam acara, tiga bagi kategori lelaki dan wanita melibatkan sukan Lawan Pedang dan Judo manakala lima acara pula melibatkan lelaki sahaja bagi sukan Muay dan Triathlon hanya mempertandingkan satu acara lelaki dan wanita,â kata Tan Sri Tunku Imran.
Pada mesyuarat pertama, sebanyak 34 jenis sukan melibatkan 342 acara telah disenaraikan oleh MOM.
Selain itu, MOM turut mengumumkan penambahan 42 acara, antaranya dari sukan Akuatik (renang, polo air), olahraga, Snooker dan Billiards, Berbasikal (BMX), Bolasepak (kategori wanita), Gimnastik (acara berpasukan), Hoki, Hoki Ais dan Pencak Silat.
Kesemua senarai ini akan dibawa ke mesyuarat bersama Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) pada 13 dan 14 Julai nanti untuk dimuktamadkan.