hadin_azman_felda

Oleh Ku Mohd Lufti

Pendahulu liga Super, Johor Darul Takzim mengekalkan kedudukan selaku pendahulu selepas membelasah Kedah 5-0 dilaman sendiri malam tadi.

Bekas kapten kebangsaan, Safiq Rahim dan Jorge Pereyra Diaz masing masing meledak dua gol untuk Harimau Selatan.

Manakala seorang lagi pemain import, Marcos Antonio menyumbang satu gol di minit ke 66.

Kemenangan itu menyaksikan JDT mengumpul 33 mata selepas 13 perlawanan Liga Super.

Felda United terus mengekalkan kedudukan ditangga kedua, dengan hanya dua mata dipisahkan dengan JDT.

The Fighters melakar kemenangan 2-1 ke atas Perak dilaman sendiri.

Skuad kendalian Irfan Bakti selesa mendahului dua gol hasil jaringan Lutfulla Turaev dan Zah Rahan Krangar diminit ke 23 dan 27.

The Bos Gaurus bagaimanapun berjaya mengurangkan defisit gol menerusi jaringan Mohd Fazrul HAzli Mohd Khadri di penghujung perlawanan.

Perak menghuni tangga ke 11 dengan 11 mata hasil dua kemenangan lima seri dan enam kekalahan setakat ini.

Di Shah Alam, tonggak pertahanan baru Selangor, Ugochukwu Ukah muncul wira The Red Giant apabila menjaringkan gol kemenangan untuk menewaskan PDRM 2-1.

Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan bagaimanapun tersentak dengan gol pembukaan pelawat menerusi bekas pemain import Selangor, Guilherme De Paula pada minit ke 28.

Namun, Ahmad Hazwan Bakri menceriakan penyokong Merah Kuning apabila menyamakan kedudukan diminit ke 52.

Selangor kekal ditangga ketiga dengan 25 mata, enam mata dibelakang Felda United.

Di Kuala Terengganu, jaringan hatrik pemain import Patrick Dos Santos Cruz (minit ke-19, 63 dan sepakan penalti pada minit ke-82 ) gagal mengesahkan tiga mata dikutip pasukan T-Team apabila tewas 3-4 kepada Pulau Pinang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Skuad Harimau Kumbang yang menghuni tangga tercorot Liga Super mencatat kemenangan kedua apabila Ranti Martins Soleye yang menyumbang gol pertama pada minit ke-35 melengkapkan kemenangan dengan gol pada minit ke-85.

Dua lagi gol Pulau Pinang diperoleh menerusi jaringan Jeong Seok Min pada minit ke-59 dan 66.

Di KUANTAN, Pahang melonjak satu anak tangga ke tangga ke-10 selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Sarawak di Stadium Darul Makmur.

Gol-gol skuad Tok Gajah diperoleh pada minit ke-36 dan 73 menerusi Pablo Andres Vranjican.

- Advertisement -