Oleh Ku Mohd Lufti
Ketiadaan empat tonggak utama skuad Harimau Malaysia memaksa Ketua Jurulatihnya Datuk Ong Kim Swee mengerahkan kesemua pembantu jurulatih untuk mencari pemain pemain untuk disenaraikan ke dalam skuad kebangsaan.
Malah, Datuk Ong Kim Swee tidak menolak untuk menambah jumlah pemain yang akan dipanggil bagi menjalani kem latihan skuad kebangsaan.
âKemungkinan saya akan menambah jumlah pemain yang dipanggil untuk kem latihan pusat skuad kebangsaan, tetapi saya juga ada sediakan pelan A dan B.â kata Kim Swee.
Malaysia akan mengharungi tiga aksi persahabatan antarabangsa âAâ yang telahpun disahkan pada bulan September dan Oktober nanti.
Malaysia yang kini menghuni tangga ke 167 dunia akan menentang Indonesia di Surabaya pada  6 September diikuti Singapura di Stadium Nasional, 7 Oktober.
Aksi terakhir skuad Datuk Ong Kim Swee adalah menentang pasuka yang menduduki ranking ke 150 dunia, Afghanistan di Stadium Shah Alam pada 11 Oktober.
Pemain pemain akan dipanggil untuk Kem latihan bagi persiapan menjelang Piala Suzuki AFF dilakukan secara berperingkat dimana paling awal adalah pada 23 Oktober, sehari selepas Liga Super berakhir.
Pemain pemain yang terlibat dengan perlawanan Final Piala Malaysia akan melapor diri pada 31 Oktober selepas selesai perlawanan akhir Piala Malaysia (29 Oktober).
Andai Johor Darul Takzim berjaya ke Final Piala AFC 2016 yang dijadual pada 5 November, pemain pemain tersebut akan melapor diri pada 6 November.
Undian Piala Suzuki AFF dijangka berlangsung pada 2 Ogos ini di Yangon, Myanmar.