The Allianz Pacer Run will return to Putrajaya, this time at the Recreational Airport in Precinct 6 on 27 November 2016 and hopes to attract 5,000 runners this year.
Last December, 4,000 runners hit Dataran Putrajaya, in Putrajaya for the inaugural Allianz Pacer Run event. The annual event is an extension of the Allianz Pacer Running Community that was launched by Allianz Malaysia Berhad in October 2013 which actively sought Malaysians interested in running and keeping fit.
“We are very happy to launch the second edition of the Allianz Pacer Run. We had such a great turnout last year that it was the easiest decision to have it for the second year running. We are more committed than ever in getting Malaysians outdoors and engaging in sporting activities and this has been evident through our initiatives with the Allianz Pacer Running Community with the fun runs, coaching clinics and other activities held all year round,” said Joseph Gross, CEO of Allianz Life Insurance Malaysia Berhad during the launch of the run at Menara Allianz Sentral in Kuala Lumpur.
“The whole idea behind the Allianz Pacer Run 2016 is to inspire more people to start running, start getting active and taking better care of their well-being,” he added.
The Allianz Pacer Run’s 12km route will feature five categories – Men’s Open, Women’s Open, Men’s Veteran, Women’s Veteran and the Corporate Challenge. There is also a 6km Fun Run which is open to participants 16 years old and above. Registration fee is RM30 for the Fun Run and RM55 for all the 12km categories except for the Corporate Challenge, in which the fee is set at RM1,500 per team.
The Corporate Challenge enables an organisation to register any number of teams with each team consisting of a minimum of five and not more than 10 runners. The results will be tabulated based on the fastest overall timing of the five best runners of a team. All registration fees from the Corporate Challenge category will be channelled to Malaysian Council for Rehabilitation; a rehabilitation services effort for persons with disabilities.Â
All participants who complete the run will be presented with a finisher’s medal and an e-certificate except for the Fun Run runners that will receive their certificates at the finish line.
For those who are interested, please log on to www.facebook.com/AllianzPacer or www.runnersasia.com from 27 July until 27 August 2016 to register for the Allianz Pacer Run 2016.
Allianz Pacer Run 2016 kini kembali!
Allianz Pacer Run akan kembali ke Putrajaya, dan kali ini di Recreational Airport di Presint 6 pada 27 November 2016 dan berharap dapat menarik seramai 5,000 orang peserta pada tahun ini.
Pada Disember lalu, seramai 4,000 pelari telah ke Dataran Putrajaya di Putrajaya untuk acara Allianz Pacer Run yang diadakan julung kali. Acara tahunan itu adalah lanjutan daripada Komuniti Larian Allianz Pacer yang dilancarkan oleh Allianz Malaysia Berhad pada bulan Oktober 2013 yang aktif mencari warga Malaysia yang berminat dalam acara larian dan mengamalkan cara hidup sihat.
“Kami amat gembira dapat melancarkan edisi kedua Allianz Pacer Run. Kami menerima penyertaan yang baik tahun lalu dan ia merupakan keputusan yang paling mudah untuk mengadakannya bagi tahun kedua berturut-turut. Kami lebih komited dalam usaha memastikan warga Malaysia berada di luar rumah dan melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan ini telah terbukti melalui inisiatif kami dengan Komuniti Larian Allianz Pacer menerusi fun run, klinik bimbingan dan aktiviti-aktiviti lain yang diadakan sepanjang tahun,” kata Joseph Gross, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Insurance Malaysia Berhad di pelancaran acara tersebut di Menara Allianz Sentral, Kuala Lumpur.
“Idea di sebalik Allianz Pacer Run 2016 adalah untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk mula berlari, mula aktif dan mengamalkan penjagaan yang lebih baik terhadap kesihatan mereka,” tambahnya.
Larian 12km Allianz Pacer Run akan menampilkan lima kategori – Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka, Lelaki Veteran, Wanita Veteran dan Cabaran Korporat. Terdapat juga larian Fun Run 6km yang dibuka kepada peserta berumur 16 tahun ke atas.Yuran pendaftaran untuk kategori Fun Run adalah RM30 dan RM55 bagi semua kategori 12km kecuali acara Cabaran Korporat, dimana bayaran yang ditetapkan ialah RM1,500 setiap pasukan.
Kategori Cabaran Korporat membolehkan mana-mana organisasi mendaftar seberapa banyak pasukan tanpa had sekurang-kurangnya lima orang dan tidak melebihi 10 orang pelari setiap pasukan. Keputusan akan diambil kira berdasarkan masa terpantas keseluruhan daripada lima pelari terbaik setiap pasukan. Semua yuran pendaftaran dari kategori Cabaran Korporat akan disalurkan kepada Majlis Pemulihan Malaysia; usaha perkhidmatan pemulihan bagi orang kurang upaya.
Semua peserta yang menamatkan larian akan diberikan pingat penyertaan dan e-sijil kecuali peserta Fun Run yang akan menerima sijil mereka di garisan penamat.
Mereka yang berminat boleh melayari laman www.facebook.com/AllianzPacer atau www.runnersasia.com mulai 27 Julai hingga 27 Ogos 2016 untuk mendaftar dalam Allianz Pacer Run 2016.