hadin_azman_felda

Oleh Ku Mohd Lufti

Sainngan Piala Malaysia bagi Kumpulan D semakin menampakkan penguasaan penuh pasukan Felda United yang terus mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu.

The Fighters berterima kasih dengan jaringan tunggal kapten pasukan, Shukor Adan dipenghujung perlawanan untuk memastikan kemenangan ke atas Melaka United di Stadium Hang Jebat, sekaligus pulang dengan tiga mata berharga.

Selepas mengharungi tiga perlawanan, Felda United terus menerajui kumpulan dengan enam mata berjaya diraih.

Manakala Melaka United terperosok ke tangga tercorot kumpulan D, berkongsi tiga mata dengan Negeri Sembilan dan Terengganu.
 
Kumpulan A pula menyaksikan penguasaan Kedah selaku peneraju, namun terlepas peluang untuk mengumpul mata maksimum selepas terikat tanpa jaringan dengan Johor Darul Takzim 2 dilaman sendiri.
 
Satu lagi aksi kumpulan A, T Team memperbaiki kedudukan, melonjak ke tangga kedua selepas melakar kemenangan selesa 2-0 ke atas tuan rumah, Sarawak di Stadium Negeri, Kuching.
Gol T Team dijaringkan Patrick Dos Santos dim init ke 69 dan masa tambahan selepas tiada jaringan tercipta dibabak pertama.
T-team yang pada awalnya berada pada kedudukan terakhir Kumpulan A, naik ke tangga kedua dengan pungutan empat mata selepas tiga berlawanan, diikuti JDT II (tiga mata) dan Sarawak (satu mata).
- Advertisement -