Oleh Ku Mohfd Lufti
Ketika saingan Sukan Olimpik Rio sedang rancak berlangsung, golongan remaja pula ‘sibuk’ berkeliaran di sekitar Olimpik Park dan beberapa venue lain.
Mereka berjalan jalan sambil memegang telefon bimbit untuk mencari haiwan maya menerusi aplikasi permainan, POKEMON GO yang mula menjadi kegilaan di seluruh dunia.
Aplikasi permainan ini tiba di Brazil dua hari sebelum temasya itu bermula secara rasmi.
Lourdes Drummond, salah seorang penuntut tempatan berkata, tumpuan golongan remaja di Rio de Janeiro adalah permainan POKEMON GO.
“Kami hanya membesarkan Pokemon sahaja sekarang, tidak ramai yang berminat untuk duduk dirumah sambil menonton televisyen atau menggunakan aplikasi televisyen atas talian ketika berjalan jalan,” kata Drummond.
POKEMON GO merupakan aplikasi atas talian yang dicipta oleh Niantic, salah sebuah syarikat yang berada dibawah Nintendo Co.
Permainan ini menggunakan sistem GPS dan peta nyata dimana misi pengguna POKEMON GO adalah untuk mencari haiwan maya yang ada di dalam talian menerusi kamera telefon.
Syarikat telekomunikasi ketiga terbesar di Brazil, Claro mengesahkan kira kira dua juta pengguna memuat turun aplikasi POKEMON GO di Bandar Rio sahaja.