Oleh ku Mohd Lufti
Pasangan bergu lelaki negara Goh V Shem, Tan Wee Kiong melakar kejutan apabila menundukkan bergu nombor 4 dunia, Fu Haifeng, Zhang Nan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan B.
V Shem dan Wee Kiong bangkit daripada ketinggalan dan memerlukan 62 minit untuk menundukkan Caiyun dan Zhang Nan dengan keputusan 16-21, 21-15, 21-18.
Selepas 3 perlawanan, bergu lelaki negara mengungguli tangga teratas kumpulan B dengan kemenangan 100 peratus.
Sementara itu, beregu wanita negara Vivian Hoo Kah Mun dan Woon Khe Wei muncul naib juara Kumpulan C, selepas tewas kepada pasangan dari Indonesia, Nitya Krishninda Maheswari dan Greysia Polii dari Indonesia dengan keputusan straight set 19-21, 19-21.
Vivian daan Khe Wei yang menduduki ranking ke-15 dunia, hanya menang dua perlawanan kumpulan, menang ke atas Heather Olver dan Lauren Smith dari Great Britain dan pasangan Hong Kong, Poon Lok Yan dan Tse Ying Suet.
Turut menerima nasib yang sama, bergu campuran, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying apabila tewas dalam perlawanan terakhir Kumpulan C di tangan bekas juara dunia dari Indonesia, Tontowi Ahmad-Lilyana Natsir yang hanya memerlukan 27 minit untuk menang 21-7, 21-8.
Suku akhir nanti, Peng Soon dan Liu Ying bakal berdepan pasangan Poland, Robert Mateusiak, Nadiedza Zieba.
Perseorangan wanita, Tee Jing Yi membuka kempen Kumpulan K dengan kemenangan 22-20, 21-15 ke atas Kristina Gavnholt dari Republik Czech.
Jing Yi yang berharap dapat melepasi saingan peringkat kumpulan dalam penampilan keduanya di Sukan Olimpik, hanya memerlukan 41 minit untuk menang dan akan menentang pemain Jepun, Akane Yamaguchi pada Ahad.