Oleh Ku Mohd Lufti
MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melihat aras penanda Sukan SEA tidak lagi relevan buat atlet atlet elit negara khususnya dalam beberapa sukan.
Namun sukan seperti olahraga dan renang dilihat masih belum mencapai standard yang diperlukan untuk beraksi di Sukan Olimpik.
Itu antara saranan Khairy ketika sidang media selepas majlis menyambut kepulangan atlet atlet negara dari Rio di Kompleks Bunga Raya, Lapanga Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada rabu (24 Ogos 2016).
Pencapaian di pentas Rio membuktikan Malaysia tidak lagi perlu meletakkan Sukan SEA sebagai petunjuk prestasi utama dalam menilai prestasi atlet negara.
Ini kerana tiada catatan rekod yang membanggakan buat atlet negara dari sukan olahraga dan renang khususnya di pentas olimpik.
“Untuk sukan renang dan olahraga saya rasa penilaian petunjuk prestasi utama (KPI) mereka adalah di Sukan Asia sebagai permulaan. Ini kerana kita tiada catatan rekod atau kejayaan di peringkat Olimpik setakat ini.
“Kita harapkan atlet daripada sukan olahraga dan renang dapat melakar kejayaan di Sukan Asia. Saya tidak bercakap mengenai Sukan SEA, kerana ia hanya untuk atlet pelapis, status kita adalah negara Olimpik.
“Saya mahu sukan olahraga dan renang buru podium di Sukan Asia, kita sudah ada Welsom Sim, bagi acara renang dan Nauraj Singh (lompat tinggi) serta Khairul Hafiz Jantan (olahraga), perancangan untuk mereka adalah Sukan Asia,” kata Khairy.
Malah Khairy juga meraka Malaysia juga boleh cuba mensasarkan program jangka panjang untuk melayakkan diri bagi acara 4 x 100 Meter seperi yang dilakukan oleh Jepun yang berjaya muncul naib juara dibelakang Jamaica.
Tiada negara yang menjangkakan Jepun mampu menaiki podium selaku pasukan pecut terbaik dunia ketika di Sukan Olimpik Rio baru baru ini.
Khairy mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyambut kepulangan atlet dan pegawai yang tiba kira kira jam 3 petang sambil disaksikan lebih seribu peminat sukan tanah air yang turut sama berada di Kompleks Bunga Raya sejak tengah hari.