Oleh Muhammad Aiman
Buat hari kedua berturut-turut, Datoâ Nicol David dikerah beraksi lebih satu jam namun ratu skuash negara itu yang meraikan hari lahir ke-33 pada Jumaat membuktikan betapa kudratnya belum lagi dimamah usia apabila menyingkirkan pemain New Zealand Joelle King untuk melangkah ke suku akhir Kejohanan Skuash Terbuka Hong Kong.Â
Selepas beraksi 68 minit untuk menewaskan Tesni Evans dari Wales di pusingan pertama, Nicol sekali lagi diheret beraksi lima set selama 63 minit oleh Joelle dalam aksi pusingan kedua di Pusat Skuash Hong Kong.
Malah, Nicol pada satu ketika ketinggalan 1-2 namun pemain nombor tiga dunia itu menterjemahkan prestasi terbaiknya untuk melakar kemenangan 3-2 (11-7, 7-11, 9-11, 11-8, 11-5) dan masih kekal dalam laluan tepat merangkul gelaran kesebelasnya di kejohanan itu.
âDia (Joelle) benar-benar mendapat momentum di pertengahan aksi. Saya tahu saya perlu bermain dengan lebih baik jika mahu menang dan itulah yang saya lakukan di akhirnya (set kelima),â ujar Nicol sepertimana dipetik dari laman web rasmi kejohanan.
Di suku akhir, bekas juara dunia itu akan berdepan pemain Perancis juga pilihan keenam, Camille Serme yang melangkah setelah menundukkan pemain tuan rumah Ho Tze Lok 11-5, 11-5, 11-4 hanya dalam masa 25 minit.
Sementara itu, kejutan berlaku dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua apabila pemain nombor empat dunia, Raneem El Welily dari Mesir tewas kepada rakan senegara, Nour El Tayeb 9-11, 11-7, 7-11 dan 5-11.
Nour, pemain di ranking 16 dunia akan berdepan pilihan ketujuh Amanda Sobhy dari Amerika Syarikat di suku akhir â Amanda mara setelah menyingkirkan pemain England, Sarah Jane Perry.
Perlawanan lain menyaksikan pilihan utama kejohanan dari Mesir, Nour El Sherbini menewaskan Annie Au dari Hong Kong dan akan berdepan rakan senegara Omneya Abdel Kawi yang menundukkan Joshna Chinnapa dari India manakala pemain pilihan kelima Nouran Gohar menewaskan pemain England Alison Waters untuk menempah pertemuan menentang pilihan kedua Laura Massaro.
Kesemua aksi suku akhir akan berlangsung pada Jumaat.