Oleh Ku Mohd Lufti
Selangor membawa kelebihan satu gol dari pusingan suku akhir pertama Piala Malaysia selepas menang tipis 4-3 ke atas PKNS FC di Shah Alam.
The Red Giants mendahului dua gol dalam tempoh 25 minit menerusi jaringan Ugo Ukah (minit 5) dan Ahmad Hazwan Bakri (minit 24), namun pelawat merapat jurang gol menerusi Juan Manuel Cobelli di minit ke 28.
R Gopinanthan menaikkan semanhgat rakan sepasukan apabila meledak gol ketiga pada minit ke 52, namun dua tonggak import PKNS FC, Gonzalo Soto dan Gabriel Miguel Guerra menyamakan kedudukan 3 sama hasil jaringan diminit ke 60 dan 74.
Mauro Olivi memastikan namanya dipahat selaku wira The Red Giants apabila mejaringkan gol kemenangan ketika perlawanan berbaki 5 minit untuk di tamatkan.
Kejutan berlaku di Stadium Sultan Muhd Ke IV, Kota Bharu apabila tuan rumah, Kelantan tewas 1-2 kepada PDRM.
Guilherme de Paula muncul wira The Cops dengan gol kemenangan di minit ke 22 selepas Indra Putra Mahayuddin menyamakan kedudukan susulan gol pembukaan oleh Safuwan Baharuddin.
Namun, The Cops berdepan tugas getir di suku akhir kedua nanti apabila kehilangan pertahanan kanan, K Reuben yang dibuang padang selepas mengasari Indra Putra manakala Guilherme de Paula menerima kad kuning kedua selepas melengah lengahkan perlawanan.
Di Stasium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan mendapat suntikan semangat selepas berjaya mengikat kedudukan tanpa jaringan dengan naib juara Piala Malaysia 2015, Kedah.
Manakala Felda United berterima kasih ke atas jaringan Francis Forkey Doe di babak kedua perlawanan untuk memastikan perlawanan diantara The Fighters dan T Team berakhir dengan sari 1 sama.
Gol T Team dijaringkan Muhd Safawi Rasid diminit ke 3 perlawanan. Kesemua aksi suku akhir kedua Piala Malaysia dijadual berlangsung 17 September depan.