Tuan rumah sukan Paralimpik 2016, Brazil meraih emas pertama menerusi acara lompat jauh T 11 akhir semalam.
Ricardo Costa de Oliveira melakukan lompatan sejauh 6.52 meter, mengatasi atlet Amerika Syarikat, Lex Gillette yang merupakan juara dunia.
Rekod dunia juga berjaya diperbaharui dalam acara powerlifting kategori bawah 49 kilogram apabila wakil Vietnam, Le Van Cong melakukan angkatan 183 kg sekaligus meraih emas, manakala pingat perak pula diraih atlet kelahiran Jordan, Omar Qarada.
Pemenang pingat emas menerusi acara menembak wanita 10 meter air rifle berdiri kelas SH 11 di Beijing 2008, Veronika Vadovicova meraih emas di Rio sekaligus mengecewakan penembak China, Zhang Cuiping dan Yan Yaiping yang akur untuk meraih perak dan gangsa.
Manakala acara berbasikal menyaksikan penguasaan Great Britain dalam acara3 Kilometer kejar mengejar individu C5 wanita.
Sarah Storey meraih emas ke 12 dalam penyertaannya di sukan paralimpik selepas menewaskan rakan senegara, Crystal Lane.
Ini adalah emas ke 4 Sarah dalam acara berbasikal trek, manakala 8 lagi emas datang dari acara berbasikal lebuhraya (3 emas) dan lima lagi menerusi acara renang.
Acara Judo pula menyaksikan atlet Uzbekistan, Sherzod Namozov mengungguli pingat emas dalam acara bawah 60 kg selepas menewaskan peserta dari Jepun, Hiroso Makoto.
Thanasis Konstantinidis dari Greece pula muncul atlet paling tua di kejohanan ini memecahkan rekod dunia dalam acara lontar peluru F 32 dengan jarak balingan 10.39 meter.