badminton

Gandingan Chen Tan Jie dan man Wei Chong memastikan kejuaraan menjadi milik Malaysia dalam acara bergu lelaki di kejohanan Badminton Remaja Antarabangsa Bawah 19 Tahun.

Bergu lelaki negara ini memerlukan 33 minit untuk menundukkan pilihan pertama dari Thailand, Pakin Kuna Anuvit, Natthapat Trinkanjee 11-9, 8-11, 10-12, 11-6, 11-6.

Manakala perseorangan lelaki, Sim Fong Hau dan bergu wanita, M Thinaah, Tan Sueh Jou akur berpuas hati dengan gelaran naib juara.

Fong Hau tewas kepada pilihan ketiga dari Singapura, Ryan Zin Rei dalam pertarungan empat set 11-9, 8-11, 9-11,9-11.

Manakala bergu wanita negara tumpas kepada pasangan Indonesia, Febriana Dwipuji, Kusuma, Ribka Sugiarto dalam pertarungan lima set, 7-11,14-12,11-4,6-11,9-11.

- Advertisement -