liew-daren

Oleh Ku Mohd Lufti

Tiada apa yang mampu dilakukan pemain perseorangan lelaki, Liew daren apabila terpaksa menarik diri daripada meneruskan aksi final Kejohanan Badminton Grand Prix Taiwan Masters.

Meskipun bermula baik diawal saingan menentang pemain India, Sourabh Verma, namun kecederaan mula menghantui Liew Daren sekaligus ketinggalan di dua set pertama 10-12, 10-12.

Liew Daren cuba bangkit untuk memberi tentangan di set ketiga dan berjaya mengikat kedudukan tiga sama pada satu ketika.

Namun kecederaan yang dialami semakin serius memaksa Liew Daren menarik diri sekaligus memberikan kemenangan kepada Sourabh Verma.

“Lawan saya (Liew Daren) bermain dengan baik tetapi di set ketiga dia merasakan kesakitan di bahagian bahu dan menarik diri.

Liew Daren juga mendahului di dua set pertama dan bermain dengan cukup selesa , saya pula melakukan banyak kesilapan  tetapi kembali fokus di penghujung set untuk melakar kemenangan.”Kata Sourabh Verma.

Lain lain perlawanan, pilihan ketiga, juga dari Jepun, Ayumi Mine yang turut mengatasi rakan senegara, Saena Kawakami 12-10, 7-11, 11-9, 12-10 untuk muncul juara perseorangan wanita.

Bergu lelaki pula dimenangi Indonesia menerusi gandingan Fajar Alfian – Muhd Rian Ardianto yang mengejutkan pasangan tuan rumah yang juga pilihan pertama, Chan Hung Ling – Wang Chi Lin 11-6, 11-6, 11-13, 9-11, 12-10.

Saingan bergu wanita pula dimenangi pilihan pertama, Yuki Fukushima – Sayaka Hirota yang mengatasi rakan senegara Shiho Tanaka – Koharu Yonemoto dengan kemenangan straight set 12-10,11-5, 11-7.

Manakala bergu campuran menyaksikan pasangan dari Hong Kong, Tang Chun Man – Tse Ying Suet menghampakan impian Jepun untuk meraih tiga trofi juara selepas menundukkan Ryota Taohara – Koharu Yonemoto 11-3, 11-7, 14-12.

- Advertisement -