denmark-openOleh Ku Mohd Lufti

Gandingan pemenang pinga perak sukan Olimpik Rio dalam acara bergu campuran, Chan Peng Soon – Goh Liu Ying mengalami kekalahan di pusingan pertama Terbuka Denmark.

Peng Soon mengalami kecederaan buku lali ketika beraksi di pusingan kedua dimana mereka ketinggalan 4-5 selepas tewas 21-17 di set pertama.

Menurut laporan media tempatan, Peng Soon sudah merasakan kesakitan di buku lali kaki kirinya ketika sesi memanaskan badan namun masih tetap mahu meneruskan perlawanan.

Kesakitan semakin dirasai memaksa perlawanan dihentikan seketika untuk rawatan, namun Chan Peng Soon tidak mampu menahannya sekaligus terpaksa menarik diri.

Bergu campuran negara ini perlu mencari mata untuk memastikan nama mereka layak beraksi di final BWF Superseries dunia yang akan berlangsung di Dubai pada Disember.

Hanya lapan terbaik sahaja yang akan beraksi selepas tamat perlawanan bertaraf Superseries Terbuka Hong Kong yang berlangsung pada penghujung November nanti.

Ketika ini, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying menduduki ranking keempat dalam kedudukan Superseries.

- Advertisement -