chong.wei

Oleh Ku Mohd Lufti

Kejutan berlaku di Kejohanan Badminton Terbuka Denmark apabila pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei gagal meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir.

Chong Wei yang diletak selaku pilihan pertama tewas mengejut kepada pemain ranking ke 38 dunia, Brice Leverdez dalam pertarungan tiga set.

Chong Wei tewas 17-21 di set pertama, namun bangkit melakar kemenangan selepas berhempas pulas di set kedua dengan kemenangan 22-20.

Di set penentuan, lawannya tampak lebih kemas menguasai perlawanan untuk keluar dari gelanggang dengan senyuman, menang 21-19 selepas bertarung lebih dari sejam.

Dalam pada itu, bergu lelaki negara, Goh V Shem –  Tan Wee Kiong menjadi wakil tunggal negara di Terbuka Denmark selepas mengatasi pilihan kelapan dari China, Li Junhui – Liu Yuchen.

V Shem – Wee Kiong yang diletak selaku pilihan keemapat memerlukan 46 minit untuk mengesahkan slot ke separuh akhir dengan kemenangan straight set 21-18, 25-23.

Bergu negara ini akan berdepan wakil tuan rumah yang diletak selaku pilihan kedua, Mathias Boe – Carsten Morgensen yang menundukkan pasangan dari Rusia, Vladimir Ivanov – Ivan Sozonov.

- Advertisement -