Oleh Muhammad Aiman
Pelumba Moto3, Khairul Idham Pawi mengakui bergelut untuk mengulangi rentak kemenangan yang ditunjukkan ketika awal musim namun dia berjanji tidak menghampakan peminatnya apabila turun beraksi di Kejuaraan Motosikal Grand Prix (MotoGP) Shell Malaysia hujung minggu ini.
Pelumba Honda Team Asia itu yang tersingkir di pusingan pertama perlumbaan di Litar Philip Island, Australia minggu lalu optimis dapat menampilkan prestasi jauh lebih baik di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) walau apapun keadaan cuacanya nanti.
Sebagai makluman, Khairul Idham dikenali sebagai âraja litar basahâ selepas mencipta kejutan sensasi dengan memenangi pusingan perlumbaan di Argentina pada April, dan kemudiannya di Jerman pada Julai lalu.
âIanya menjadi sedikit sukar buat saya khususnya selepas perlumbaan di Jerman kerana saya bergelut untuk mendapat pengendalian yang terbaik buat motosikal saya untuk menghadapi perlumbaan yang seterusnya.
âTetapi saya merasakan ada peningkatan sejak kebelakangan ini, di mana saya mula mendapat semula perasaan tersebut. Saya telah melalui satu perlumbaan yang baik di Mugello (Mei) dan Catalunya (Jun), saya mahu kembali ke tahap tersebut.
âSaya tahu ekspetasi pastinya tinggi ke atas saya pada hujung minggu ini apatah lagi beraksi di laman sendiri, saya akan cuba melakukan yang sebaik mungkin. Jika boleh, saya mahu menaiki podium, tidak kiralah sama ada ianya hujan atau tidak,â ujar Khairul Idham.
Untuk rekod, Khairul Idham tidak berkesudahan di kedudukan yang memberikannya mata sejak perlumbaan di Jerman dan dia kini berada di kedudukan ke-19 keseluruhan dalam carata MotoGP dengan 54 mata.  Â