Pelumba Redbull KTM Ajo, Brad Binder(kanan) dengan catatan 2 minit 26.268 saat dalam sesi kelayakan di litar basah. Kredit Foto - Motogp.com
Pelumba Redbull KTM Ajo, Brad Binder(kanan) dengan catatan 2 minit 26.268 saat dalam sesi kelayakan di litar basah. Kredit Foto – Motogp.com

Pelumba Redbull KTM Ajo, Brad Binder akan memulakan saingan Moto 3 di Litar Antarabangsa Sepang esok di petak pertama selepas melakar masa terpantas dalam ujian kelayakan.

Meskipun trek basah susulan hujan lebat, malah, sesi kelayakan hanya bersambung kira kira 20 minit daripada jadual asal 1230 tengah hari tadi, ia tampak tidak menjejaskan juara Moto 3 2016 ini untuk mempamer aksi terbaiknya.

2016 Moto3 Redbull KTM Ajo - Brad Binder

Catatan 2 minit 26.268 saat gagal dicabar 31 pelumba lain yang tampak berdepan kesukaran untuk beraksi di dalam keadaan litar basah. Petak kedua pula disambar pelumba pasukan Estrella Galicia 0.0, Jorge Navarro yang ketinggalan 0.093 saat dibelakang Binder.

Kedudukan ini tampak memberi peluang terbaik buat Navarro dalam misi mengurangkan jurang mata ke atas Enea Bastianni daripada Gressini Racing Moto3 yang kini menghuni tangga kedua keseluruhan.

Bastianni kini mengumpul 164 mata manakala Jorge Navarro dengan 143 mata. Bastianni tidak menyertai perlumbaan di GP Malaysia minggu ini susulan terlibat dalam kemalangan dan mengalami kecederaan ketika di GP Australia minggu lalu.

Manakala Francesco Bagnaia daripada Pull & Bear Aspar Mahindra melakar masa 2 minit 26.395 saat untuk berpuas hati di tempat ketiga.

- Advertisement -