LPGA.logoOleh Ku Mohd Lufti

Juara 2014, Shanshan Feng merangkul kejuaraan golf LPGA Malaysia 2016 sekaligus meraih kemenangan keduanya di kejohanan ini.

Ia ibarat misi membalas dendam selepas dikecewakan juara 2015, Jessica Korda, Feng muncul juara selepas menamatkan empat pusingan dengan catatan keseluruhan, 267 pukulan 17 dibawah par.

Hari terakhir di TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara, Feng cemerlang membenam lima birdie dan satu bogey untuk catatan 67 pukulan empat dibawah par.

Shanshan berjaya mengatasi pencabar terdekat, Suzann Pattersen dari Norway, dengan kelebihan tiga pukulan manakala Anna Nordqvist dari Sweden dan pemain Korea Selatan, Amy Yang, berkongsi kedudukan ketiga dengan catatan 272 pukulan, 12 dibawah par.

selaku juara pemain berusia 27 tahun ini meraih hadiah wang tunai US$270,000 (RM1.134 juta) serta trofi yang disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Sime Darby, Tun Musa Hitam.

“Saya agak gementar pada lubang ke-15 kerana pada hari pertama, saya melakukan double bogey selepas bola masuk ke dalam air. Kali ini, kedudukan pin pun sama.

“Tetapi saya mencatatkan birdie pada lubang ke-14 dan ia memberi sedikit keyakinan…jadi saya melakukan pukulan yang hebat dan satu pukulan putt yang cantik di lubang ke-15 untuk menduduki 17 bawah,” kata Shanshan.

Dalam pada itu, kesilapan dibeberapa lubang ternyata mengecewakan naib juara, Suzann Pattersen.

“Semalam, saya rasa saya telah melepaskan peluang hebat untuk menjuarai kejohanan ini. Saya memulakan saingan dengan mantap semalam tetapi hari ini nampaknya saya tidak dapat mencapainya,” katanya.

Pada pusingan akhir, pemain berusia 35 tahun itu, melakarkan pukulan lima bawah 66 untuk mengumpul jumlah catatan 270.

Kelly Tan muncul sebagai pemain terbaik Malaysia dengan berkongsi kedudukan ke-58 dengan jumlah enam di atas par 290 manakala Ashley Lau merupakan pemain amatur terbaik di tempat ke-68 dengan 296 pukulan.

- Advertisement -